PSG fokus benam Marseille
PSG fokus benam Marseille

Paris: Pengurus Paris Saint Germain (PSG), Luis Enrique, menegaskan bahawa kemenangan ke atas Olympique de Marseille lebih penting daripada kelebihan mata dalam Ligue 1.
PSG yang belum tewas dalam 25 perlawanan liga kini mendahului dengan 65 mata, 16 mata di hadapan Marseille kendalian Roberto De Zerbi.
Jika menang di Parc des Princes, PSG boleh melebarkan jurang kepada 19 mata.
“Perlawanan ini adalah antara yang terbaik dalam bola sepak Perancis. Ia mengenai kegembiraan buat penyokong kami,” kata Enrique.
“Aksi tetangga ini tidak ada kena-mengena dengan kedudukan liga, ia mengenai maruah dan persaingan.”
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Le Classique sering menyaksikan aksi panas di dalam dan luar padang, malah pertemuan sebelum ini dicemari dengan nyanyian provokasi penyokong PSG terhadap pemain Marseille.
“Saya mahu penyokong kami terus memberi sokongan tanpa membabitkan unsur provokasi,” tegas Enrique.
“Hormati lawan dan tumpukan perhatian untuk menyokong pasukan.
“Dari aspek taktikal, Enrique menjangka cabaran sengit daripada De Zerbi.
“Beliau seorang jurulatih yang agresif, gemar mengawal bola dan memberi tekanan tinggi. Ia bukan hanya pertarungan emosi, tetapi juga pertarungan taktikal.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mungkinkah Najib Akan Menjadi Perdana Menteri Kali Kedua?
- Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?
- Bolehkah Gag Order Bisukan Ahli Parlimen?
Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah
“Sementara itu, kapten Marquinhos, yang dikeluarkan ketika kemenangan ke atas Liverpool dalam Liga Juara-Juara, disahkan cergas untuk diturunkan.
“Tiada kecederaan serius. Kami akan menilai risikonya tetapi dia dalam keadaan baik,” tambah Enrique.
PSG fokus benam Marseille
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET