Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.

Barca waspada ancaman Atletico

Barca waspada ancaman Atletico

Barca waspada ancaman Atletico
BARCA tidak boleh keciciran mata. FOTO AFP

Barcelona: Pengurus Barcelona, Hansi Flick, menegaskan pasukannya perlu belajar daripada dua perlawanan terdahulu menentang Atletico Madrid jika mahu mencatat kemenangan pertama ke atas seteru itu musim ini.

Bagaimanapun, Flick menegaskan keputusan perlawanan ini tidak akan menjadi penentu kejuaraan LaLiga.

Barcelona dan Real Madrid kini berkongsi 57 mata di puncak liga, manakala Atletico hanya satu mata di belakang.

Real berpeluang memintas jika menewaskan Villarreal esok pagi, tetapi Barcelona masih memiliki kelebihan satu perlawanan dalam tangan.

Dalam dua pertemuan sebelum ini, Barcelona tewas 1-2 di laman sendiri dalam aksi liga sebelum diikat 4-4 pada separuh akhir pertama Copa del Rey.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?


“Kami bermain baik dalam dua perlawanan itu, tetapi perlu lebih fokus dari awal hingga tamat,” kata Flick.

“Dalam perlawanan pertama, kami kurang fokus di hujung perlawanan, manakala perlawanan kedua pula kami terleka di awal dan akhir perlawanan.

Menurut Flick, kesilapan kecil boleh dihukum oleh Atletico dan pasukannya perlu memastikan perkara itu tidak berulang.

Mengenai kemungkinan perlawanan ini menentukan kejuaraan, Flick berkata: “Masih jauh perjalanan liga ini. Jika menang, ia memberi keyakinan lebih kepada pasukan, tetapi ini hanyalah satu perlawanan.”

Atletico sebelum ini tersingkir daripada Liga Juara-Juara selepas tewas kepada Real menerusi penentuan penalti.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah


Namun, Flick menolak tanggapan bahawa pasukan Diego Simeone itu akan keletihan.

“Mereka mempunyai pasukan yang mantap, bukan hanya bergantung kepada 11 atau 14 pemain sahaja. Saya tidak rasa ia akan memberi kesan.

“Flick juga bersimpati dengan Julian Alvarez, yang mengalami nasib malang selepas gol penaltinya dibatalkan kerana menyentuh bola dua kali ketika tergelincir.

“Dia seorang penyerang hebat, antara yang terbaik musim ini, tetapi perkara seperti ini boleh berlaku,” katanya.

Barca waspada ancaman Atletico

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ismail Sabri Cuba Mengheret UMNO Dalam Kes RM170 Juta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker