‘Anak Saya Kecewa, Dah 8 Tahun Dia Tak Dapat Kasih Sayang Seorang Ibu’ – Along Cham

‘Anak Saya Kecewa, Dah 8 Tahun Dia Tak Dapat Kasih Sayang Seorang Ibu’ – Along Cham

‘Anak Saya Kecewa, Dah 8 Tahun Dia Tak Dapat Kasih Sayang Seorang Ibu’ – Along Cham

Pelakon dan pelawak, Along Cham mengakui bahawa anak lelakinya, Daniel kecewa dan sedih dengan perceraiannya bersama Afreena Suhaimi.

Anak kecewa, sedih

‘Anak Saya Kecewa, Dah 8 Tahun Dia Tak Dapat Kasih Sayang Seorang Ibu’ – Along Cham

Ketika ditemui oleh OhBulan!, Along atau nama penuhnya Muhammad Nizamuddin Ahmad, 42, mendedahkan bahawa anak lelakinya telah lapan tahun tidak merasai kasih sayang seorang ibu dan kini mengharapkan kehadiran sosok itu dalam hidupnya.

Sudah semestinya dia kecewa. Tipulah kalau dia tidak kecewa cuma dia kuatlah. Saya pun sibukkan diri dia balik dengan aktiviti-aktiviti yang menarik. Saya cakap dekat dia ‘Abang takpayah fokus dengan semua ni, biar papa handle’.

Dia harapkan dapat ganti bahu seorang ibu yang dah lapan tahun tak dapat kasih sayang dan sekarang baru nak dapat cuma ada pihak yang cakap saya larang untuk berjumpa dengan anak.

Tambah Along lagi, dia juga pernah meminta Afreena agar memberikan kasih sayang kepada Daniel selain perlu mengambil alih tanggungjawab sebagai seorang ibu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mungkinkah Najib Akan Menjadi Perdana Menteri Kali Kedua?

Saya dah warning Afreena untuk mengambil alih kasih sayang seorang ibu yang Daniel sudah terlepas selama lapan tahun dan tolong elakkan diri dari terhasut dengan anasir luar termasuklah bekas isteri saya (Zila Saeron).

Along Cham berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, Selangor pada Isnin.

Nafi pisahkan anak dengan ibu

‘Anak Saya Kecewa, Dah 8 Tahun Dia Tak Dapat Kasih Sayang Seorang Ibu’ – Along Cham

Dalam masa yang sama, Along turut menafikan dakwaan bahawa dia menghalang bekas isterinya, Zila Saeron, daripada bertemu anak mereka.

Masa mak saya tolong untuk jaga anak saya ketika saya sibuk dengan kerja saya, saya bagi peluang kepada bekas isteri saya iaitu Zila Saeron datang melawat anak dan dia datang hanya beberapa kali sahaja.

Saya bukannya nak pisahkan anak dan ibu tapi saya sebagai seorang bapa, saya kalau nak pisahkan anak saya dengan dia, saya akan pisahkan terus tapi ini fasal kes nyusuz saya yang lepas.

Bila saya sudah berkahwin, saya cakap dengan bekas isteri tolong jangan ganggu ruang Daniel untuk dapatkan kasih sayang seorang ibu baharu.

Terdahulu, pengesahan lafaz cerai taklik melibatkan Along dan Afreena terpaksa ditangguhkan kepada 8 Mei depan.

Keputusan itu dibuat mahkamah selepas Hakim Syarie Muhamad Nazri Basrawi mendapati berlakunya kekeliruan berkaitan dokumentasi yang dibuat Along selalu plaintif.

Sekadar info, kemelut rumah tangga mereka mula timbul selepas Along mendakwa Afreena Suhaimi telah melanggar tiga perkara yang dipersetujui dalam perkahwinan yang membawa kepada jatuhnya lafaz taklik.

Dakwa Along, Afreena melanggar lafaz taklik tersebut pada tahun lalu dan sepatutnya memfailkan lafaz cerai taklik tersebut di mahkamah pada 16 Disember tahun lalu tetapi malangnya ditahan pihak polis pada 14 Disember akibat kes memiliki dadah.

Untuk rekod, Along mendirikan rumah tangga dengan Afreena, 33, pada 4 April 2024.

Sebelum itu, Along pernah berkahwin dengan bekas peserta Akademi Fantasia iaitu Zila Seeron pada Januari 2010. Namun bercerai pada Ogos 2016.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Ahmad Daniel, 14.

 

 

‘Anak Saya Kecewa, Dah 8 Tahun Dia Tak Dapat Kasih Sayang Seorang Ibu’ – Along Cham

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kenapa Mahathir Bela Ismail Sabri Dalam Kes RM170 Juta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker