Indonesia turunkan 1.3 Juta kandungan berbahaya, sasar pornografi dan perjudian

Indonesia turunkan 1.3 Juta kandungan berbahaya, sasar pornografi dan perjudian

Indonesia turunkan 1.3 Juta kandungan berbahaya, sasar pornografi dan perjudian
Bendera Indonesia. – Foto REUTERS

JAKARTA: Lebih 1.3 juta kandungan berbahaya termasuk pornografi dan perjudian dalam talian, telah diturunkan daripada internet di Indonesia antara Oktober 2024 hingga Mac 2025, hasil penglibatan aktif orang ramai, menurut Kementerian Komunikasi dan Digital negara itu.

Daripada jumlah kandungan yang diturunkan, sebanyak 233,552 kandungan berkaitan pornografi, dengan laman sesawang menyumbang 219,578 kes, Platform X (dahulunya Twitter) sebanyak 10,173 kes, manakala baki 3,801 kes dikaitkan dengan platform lain.

Bagi perjudian dalam talian, sebanyak 1.12 juta kandungan telah diturunkan, dengan laman sesawang dan alamat IP bertanggungjawab untuk 1.02 juta kes, diikuti oleh Meta (Facebook dan Instagram) dengan 46,207 kes dan baki 55,368 kes daripada pelbagai platform lain, menurut kementerian itu dalam satu kenyataan.

Ketua Pengarah Pengawasan Ruang Digital kementerian itu, Alexander Sabar, menegaskan bahawa walaupun kemajuan ketara telah dicapai, angka berkenaan menunjukkan cabaran berterusan yang ditimbulkan oleh laman sesawang dan platform media sosial dalam mengawal kandungan dalam talian yang berbahaya

Di sebalik kemajuan itu, beliau menyatakan bahawa penyebaran kandungan negatif kekal menjadi kebimbangan utama, sambil menekankan bahawa dalam tempoh lapan hari pertama Mac 2025 sahaja, lebih 58,000 kandungan berbahaya telah ditangani.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mungkinkah Najib Akan Menjadi Perdana Menteri Kali Kedua?


Kementerian Komunikasi dan Digital juga merancang untuk meningkatkan sistem pemantauan berasaskan kecerdasan buatan (AI) bagi mempercepatkan pengesanan kandungan berbahaya serta menyelaraskan dengan platform digital global untuk meningkatkan kecekapan tindakan penguatkuasaan.

Orang ramai digalakkan untuk terus melaporkan kandungan berbahaya melalui saluran rasmi, https://aduankonten.id, di mana mereka boleh melaporkan pelbagai jenis kandungan negatif seperti berita palsu, pornografi, ucapan kebencian dan perjudian.

“Setiap laporan memberi impak besar dalam mewujudkan persekitaran digital yang lebih selamat dan sihat,” tambah Alexander.

Aduankonten.id membolehkan pengguna melaporkan kandungan berbahaya dengan menghantar pautan atau tangkap layar, bersama-sama dengan sebab kebimbangan mereka. Semua laporan disahkan dan diambil tindakan susulan oleh pasukan kementerian. – BERNAMA

Indonesia turunkan 1.3 Juta kandungan berbahaya, sasar pornografi dan perjudian

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kenapa Mahathir Bela Ismail Sabri Dalam Kes RM170 Juta

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker