Pesawat sewa khas bawa bekas Presiden Filipina Duterte ke Belanda

Pesawat sewa khas bawa bekas Presiden Filipina Duterte ke Belanda

Pesawat sewa khas bawa bekas Presiden Filipina Duterte ke Belanda
Pesawat yang akan membawa bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte, di landasan di Pangkalan Udara Villamor di Pasay, Metro Manila pada 11 Mac 2025. – Foto AFP

MANILA: Sebuah pesawat sewa khas telah membawa bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di The Hague, Belanda pada Selasa malam, kurang 12 jam selepas beliau ditahan, lapor Xinhua.

Menerusi hantaran di media sosial, seorang daripada peguamnya, Martin Delgra, menunjukkan gambar sebuah pesawat kecil yang akan membawa Duterte, 79, ke The Hague.

Turut menaiki pesawat itu ialah Salvador Medialdea, sekutu rapat Duterte.

Duterte ditahan pada pagi Selasa susulan waran tangkap yang dikeluarkan oleh ICC berhubung kempen “perang terhadap dadah” beliau, tindakan yang dipersoalkan oleh bekas Presiden itu.

Pesawat sewa khas bawa bekas Presiden Filipina Duterte ke Belanda

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kenapa Mahathir Bela Ismail Sabri Dalam Kes RM170 Juta

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker