Bayern berdepan Milan di suku akhir UCL
Bayern berdepan Milan di suku akhir UCL

Leverkusen, Jerman: Harry Kane membantu Bayern Munich menjaringkan satu gol dan mencipta satu lagi gol ketika pasukannya menewaskan tuan rumah, Bayer Leverkusen 2-0 dalam perlawanan timbal balik pusingan 16 Liga Juara-Juara (UCL) awal pagi tadi.
Kemenangan itu menyaksikan Bayern mara ke suku akhir dengan kemenangan agregat 5-0, di mana mereka akan menentang Inter Milan pada bulan depan.
Kane, yang menjaringkan dua gol dalam kemenangan 3-0 pada perlawanan pertama minggu lalu, menanduk bola dari jarak dekat pada minit ke-52 untuk gol ke-10 dalam UCL yang menjadikannya pemain Inggeris pertama menjaringkan 10 gol dalam satu musim Piala Eropah.
Penyerang England itu kemudian memberikan satu hantaran tepat dengan satu sentuhan untuk Alphonso Davies menjaringkan gol kedua pada minit ke-71.
“Kami mahu bermain agresif, memberi tekanan dan mencipta peluang untuk menang.”
“Kami melakukan itu pada separuh masa pertama dan memiliki peluang yang lebih baik. Kemudian, pada separuh masa kedua, kami tahu mereka terpaksa menyerang dan mencuba sesuatu dan kami menghukum mereka,” kata penyerang itu.
Dalam pertembungan kelima antara kedua-dua pasukan musim ini, Bayern memulakan permainan dengan lebih baik dan mempunyai dua peluang awal melalui Kane.
Dengan defisit 3-0 pada perlawanan pertama yang perlu diatasi, Leverkusen terpaksa menyerang tetapi mereka amat kekurangan kreativiti dan tempo selepas kehilangan pemain tengah, Florian Wirtz yang cedera.
Namun, mereka hampir menjaringkan gol melalui tandukan Patrik Schick pada lewat separuh masa pertama.
Bayern, yang disingkirkan dalam Piala Jerman oleh Leverkusen musim ini, terus menguasai permainan dan rembatan Michael Olise yang terkena halangan hampir sahaja melepasi sasaran tiga minit selepas babak kedua bermula.
Bayern berdepan Milan di suku akhir UCL
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET