Seluruh England: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik ‘bungkus awal’
Seluruh England: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik ‘bungkus awal’

Kuala Lumpur: Pemain perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia gagal meneruskan saingan di Seluruh England apabila kandas seawal pusingan pertama, sebentar tadi.
Zii Jia yang menduduki ranking ketujuh dunia, tewas di tangan pemain Hong Kong, Ng Ka Long 21-19, 16-21, 12-21 pada perlawanan yang berlangsung selama satu jam dua minit di Utilita Arena, Birmingham.
Kekalahan itu menyaksikan Zii Jia gagal meneruskan rentak kemenangan ke atas Ka Long selepas memenangi lima pertemuan terakhir menentang pencabarnya itu sejak Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China, yang diadakan pada Oktober 2023.
Lebih mengecewakan, beberapa minit selepas itu, beregu lelaki negara yang juga naib juara tahun lalu, Aaron Chia-Soh Wooi Yik turut tersingkir awal selepas tewas 16-21, 21-16, 18-21 di tangan pasangan Denmark, Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard.
Minggu lalu, Zii Jia, yang diletakkan sebagai pilihan utama kejohanan, tewas straight set 21-23, 7-21 dalam tempoh 39 minit di tangan Nhat Nguyen dari Ireland pada aksi suku akhir Masters Orleans.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?
- Bolehkah Gag Order Bisukan Ahli Parlimen?
- Apakah Pemimpin Politik Masih Menghormati Prinsip Demokrasi?
Sebagai rekod, Zii Jia pernah muncul juara Seluruh England pada edisi 2021.
Bagi Aaron-Wooi Yik pula, ia meneruskan rentetan kekecewaan mereka selepas turut tersingkir seawal pusingan pertama Masters Orleans minggu lalu di tangan gandingan muda China, Sun Wen Jun-Zhu Yi Jun 18-21, 8-21.
Seluruh England: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik ‘bungkus awal’
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET