Kes gaduh dekat pusat hiburan, polis tahan lelaki langgar pengawal keselamatan
Kes gaduh dekat pusat hiburan, polis tahan lelaki langgar pengawal keselamatan

SHAH ALAM: Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai melanggar seorang pengawal keselamatan yang cuba meleraikan satu pergaduhan berhampiran sebuah pusat hiburan di Bandar Botanik, Klang, Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong, berkata lelaki berusia 43 tahun itu ditahan pada jam 3.30 petang tadi.
Beliau berkata, terdahulu Ketua Balai Polis Klang melaporkan terdapat beberapa video yang memaparkan pergaduhan itu di media sosial, awal pagi, hari ini.
“Hasil siasatan mendapati kejadian pergaduhan berlaku jam 2.30 pagi, Ahad lalu melibatkan pelanggan pusat hiburan tersebut yang mana beberapa pengawal yang cuba meleraikan pergaduhan turut dipukul pelanggan yang bergaduh.
“Mangsa adalah seorang lelaki berusia 33 tahun kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dan mengalami kecederaan patah tulang pinggul kanan serta luka di perut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, hasil semakan mendapati suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau dan satu rekod dadah.
Katanya, permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Majistret Klang esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 307/148 Kanun Keseksaan.
“Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini diminta untuk hadir ke balai polis berhampiran atau menghubungi IPD Klang Selatan di talian 03-33762222 bagi membantu siasatan,” katanya.
Kes gaduh dekat pusat hiburan, polis tahan lelaki langgar pengawal keselamatan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET