Mbappe, Vinicius wira Real

Mbappe, Vinicius wira Real

Mbappe, Vinicius wira Real
GAYA Mbappe selepas menjaringkan gol pertama Madrid. FOTO Reuters

Madrid: Kylian Mbappe dan Vinicius Junior menjaringkan gol untuk Real Madrid ketika menewaskan Rayo Vallecano 2-1 awal pagi tadi untuk menyamakan kedudukan mata dengan pendahulu La Liga, Barcelona.

Real Madrid kini satu mata di atas Atletico Madrid yang tewas mengejut 1-2 kepada Getafe dalam perlawanan lebih awal, manakala aksi Barcelona semalam menentang Osasuna ditangguhkan kerana kematian salah seorang doktor kelab Catalan itu.

Pasukan Carlo Ancelotti menunjukkan prestasi mantap, walaupun tidak cemerlang untuk mengatasi pencabar setempat mereka itu, menjelang pertemuan getir Liga Juara-Juara (UCL) menentang Atletico pada awal pagi Khamis.

“Vinicius dan Mbappe menjaringkan dua gol hebat dan mereka juga berpeluang untuk gol ketiga,” kata Ancelotti.

Pengurus Itali itu menyenaraikan Jude Bellingham ke dalam kesebelasan utama selepas penggantungan, tetapi menyisihkan Thibaut Courtois dan Antonio Rudiger kerana kecederaan.

Kedua-dua pemain itu dijangka kembali untuk berdepan Atletico dalam perlawanan kedua pusingan 16 UCL, di mana mereka memiliki kelebihan 2-1.

Mbappe, Vinicius wira Real

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mahathir Tidak Layak Bercakap Tentang Kuasa Politik Melayu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker