‘Gol Olimpico pernah saya lakukan’ – Badrul Afzan
‘Gol Olimpico pernah saya lakukan’ – Badrul Afzan

Kuala Terengganu: “Jaringan luar biasa Pawi (Safawi Rasid) melalui sepakan penjuru membuatkan saya teringat kenangan lebih 25 tahun lalu,” ujar ketua jurulatih Terengganu FC (TFC), Badrul Afzan Razali.
Beliau berkata demikian selepas gol Olimpico jaringan pemain kelahiran Dungun Jumaat lalu itu pernah dilakukannya ketika mewakili Terengganu dalam saingan Piala Presiden pada tahun 90-an.
“Saya lupa tahun jaringan melalui sepakan penjuru itu, begitu juga pasukan lawan juga saya lupa, tapi seingat saya lebih 25 tahun lalu dan jaringan itu di belakang penjaga gol bukan di depan.
“Apa yang masih saya ingat ketika itu dalam saingan Piala Presiden mewakili pasukan Terengganu, pada perlawanan peringkat liga itu, sepakan penjuru yang saya lakukan pada babak kedua terus menerjah jaring gol lawan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Mesti Lebih Berhati-Hati Dengan Sikap DAP
- Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah
- Mungkinkah Najib Akan Menjadi Perdana Menteri Kali Kedua?
Ketika ditanya adakah sukar untuk melakukan jaringan seperti itu, jurulatih berusia 49 tahun itu akui sukar kerana ianya memerlukan latihan secara berterusan.
“Jaringan seperti itu (gol Olimpico) adalah begitu unik dan tidak semua pemain boleh lakukan, tapi jika latihan berterusan pasti boleh dilakukan.
“Tapi ianya juga bergantung kepada keupayaan seseorang pemain selain ‘anugerah’ sepasang kaki yang tidak dimiliki semua pemain,” katanya.
Jumaat lalu ketika pertemuan dengan Sabah FC, Safawi muncul penyelamat maruah pasukannya selepas sepakan penjuru lencongnya terus menerjah jaring ketika penjaga gol, Damien Lim sudah terpaku.
Jaringan pada minit ke-83 itu membolehkan TFC mengikat kedudukan 2-2 pada aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.
‘Gol Olimpico pernah saya lakukan’ – Badrul Afzan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET