Sarah Yasmine Tuntut RM875,000 Dari Aliff Aziz

Akhirnya Mengaku Salah Berkhalwat

Sarah Yasmine Tuntut RM875,000 Dari Aliff Aziz

Sarah Yasmine Tuntut RM875,000 Dari Aliff Aziz

Nampaknya, konflik antara selebriti Singapura, Sarah Yasmine dan pelakon terkenal, Aliff Aziz masih belum reda.

Terbaru, Sarah berkongsi satu surat tuntutan (Letter of Demand) yang dihantarnya kepada Aliff berhubung kes ‘khalwat’ yang pernah menggemparkan dunia hiburan tahun lalu.

Sarah bongkar kebenaran?

Difahamkan, tuntutan dibuat Sarah Yasmine selepas Aliff Aziz mengaku bersalah di mahkamah pada 21 Februari 2025 atas pertuduhan berdua-duaan dengan seorang pelakon Malaysia.

Sarah Yasmine Tuntut RM875,000 Dari Aliff Aziz

Kata Sarah, pengakuan itu sekaligus mengesahkan dakwaannya sebelum ini yang pernah berkongsi mengenai hubungan sulit tersebut.

Dalam kapsyennya, Sarah menulis “Told you guys, the truth will surely win” seolah-olah memberi bayangan bahawa akhirnya kebenaran berpihak kepadanya.

Dalam surat tersebut, Sarah mendakwa Aliff telah memfailkan tuntutan Perlindungan Akta Gangguan (POHA) terhadapnya sebelum ini dan berjaya mendapatkan Perintah Perlindungan Segera (EPO) pada 29 April 2024.

Namun, menurut Sarah, tindakan undang-undang itu adalah tidak berasas dan berniat untuk menutup mulutnya.

“Ini baru permulaan!” – Sarah

Sarah Yasmine Tuntut RM875,000 Dari Aliff Aziz

Lebih panas lagi, Sarah turut menuntut pampasan sebanyak S$250,000 (RM875,000) daripada Aliff Aziz yang perlu dijelaskan dalam tempoh 7 hari ke dalam akaun banknya.

Sarah dengan berani menyatakan bahawa ini hanyalah permulaan dan dia tidak akan berdiam diri lagi selepas setahun menunggu momen ini.

Perkongsian penuh:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sarah Yasmine (@sarahyasminekh)

Sarah Yasmine Tuntut RM875,000 Dari Aliff Aziz

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mahathir Tidak Layak Bercakap Tentang Kuasa Politik Melayu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker