PU Riz Puji Masakan Mama Kartini [VIDEO]

‘Macam Makan Dekat Kedai Lima Bintang!’ – Setiap Hari Datang Hantar Makanan

PU Riz Puji Masakan Mama Kartini [VIDEO]

PU Riz Puji Masakan Mama Kartini [VIDEO]

Pendakwah bebas, PU Riz bersyukur dikurniakan ibu mentua iaitu Datin Noor Kartini yang sentiasa mencurahkan kasih sayangnya terhadap anak-anak.

Ibu mentua masak sedap

@sweetcotton_byleen

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, PU Riz atau nama nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail memuji masakan Noor Kartini yang disifatkan tiada tandingannya.

Suami kepada selebriti dan usahawan terkenal Neelofa itu juga memberitahu, ibu mentuanya sering menghantar juadah makanan ke rumah mereka.

Hari-hari dia akan hantar makanan dekat rumah. Semua sedap-sedap, tak boleh tahan.

Tengok sahaja atas meja, seolah-olah macam dekat kedai makan lima bintang!

Siapa tak percaya boleh rasa karipap yang Mama Tini (ibu mentua) buat.

Puji ibu mentua

PU Riz Puji Masakan Mama Kartini [VIDEO]

Dalam masa yang sama, pendakwah berusia 30 tahun tersebut meluahkan rasa bahagia kerana memiliki isteri dan ibu mentua seperti mereka.

Saya dikelilingi isteri yang pandai masak, apatah lagi ibunya yang hebat lagi bijaksana.

Sekadar info, Neelofa mendirikan rumah tangga bersama PU Riz pada 27 Mac 2021.

Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal, 4 dan Abdullah Abbas, 2.

Sumber: TikTok

 

PU Riz Puji Masakan Mama Kartini [VIDEO]


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mahathir Tidak Layak Bercakap Tentang Kuasa Politik Melayu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker