Peguam minta 3 penyampai radio henti mohon maaf

Hanya salah faham ikut tarian Miki Ghazali

Peguam minta 3 penyampai radio henti mohon maaf

Peguam minta 3 penyampai radio henti mohon maaf

Peguam Mahmud Jumaat minta tiga penyampai radio iaitu Nabil Ahmad, Azad Jazmin dan Radin henti mohon maaf atas dakwaan mempersenda upacara agama Hindu, baru-baru ini.

Menerusi satu hantaran di Facebook, beliau menyatakan ia berkemungkinan salah faham yang diperbesarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Selepas mengkaji secara mendalam tuduhan ini, saya mendapati ini semua satu salah faham.
“Saya ada empat sebab mengapa tarian yang dibuat oleh Azad bukanlah tarian kavadi dan itu adalah tarian masuk atlet Muay Thai negara, Miki Ghazali,”katanya.

Peguam minta 3 penyampai radio henti mohon maaf

Beliau turut menyatakan beberapa sebab menjadikan tarian tersebut ditujukan kepada Miki Ghazali, bukannya perayaan sesuatu kaum.

Menurutnya, ia dapat dilihat dari cara gelek punggung sehinggalah geleng kepala yang dibuat oleh Azad kerana sama seperti Miki.

Malah, lagu latar yang digunakan dalam video tular baru-baru ini juga menggunakan lagu yang digunakan oleh Miki sewaktu pembukaan perlawanan.

“Azad sendiri telah tag nama Miki Ghazali di @mikipapa dan kata “kalau nak back up dancer boleh roger tau”,”katanya lagi.

Beliau turut bertanya sama ada tarian Kavadi mempunyai ciri-ciri seperti yang disebutkan di atas.

@userzim010sec

Miki Entrance🔥🤩🤩.#fyp #fypシ゚ #fyppppppppppppppppppppppp #xyzbca #pahlawanchampionship #muaythai #4upage #mikailghazali @M Mikail Ghazali

♬ bunyi asal – SecAccZimx. – Zim.

Gelak sebab tarian Azad tiru Miki lucu

Peguam berkenaan juga menjelaskan bahawa mereka yang berada dalam konti tidak ketawa akan perkataan ‘Vel Vel’, sebaliknya terhibur dengan tarian Azad yang cuba meniru gaya Miki Ghazali.

“Miki Ghazali sendiri siap tinggalkan komen dalam posting video tersebut.
“Ketiga, siapa sangka Nabil ingin sebut Vel Vel masa hujung tarian tersebut. Namun, saya tidak rasa mereka semua ada niat untuk mempersendakan seruan Vel Vel tersebut kerana mereka telah lama terhibur dengan tarian Miki Ghazali yang ditiru oleh Azad.
“Kalau saya ada kat situ pun saya tak tahan tengok muka Pak Azad dengan tarian entrance Miki Razali itu,”katanya lagi.

Peguam minta 3 penyampai radio henti mohon maaf

Henti mohon maaf

Dia bagaimanapun meminta trio 3 Pagi Era itu tidak terus memohon maaf kerana ia dilihat seperti mereka mempunyai niat untuk menghina dan mempersendakan agama Hindu.

“Dalam mahkamah, kita kebiasaannya menasihatkan anak guam untuk tidak terus memohon maaf tanpa memberi peluang untuk menjelaskan keadaan sebenar.
“Bila terus mengaku salah, ia seolah-olah menunjukkan memang ada niat untuk menghina dan mempersendakan agama Hindu,”ujar Mahmud Jumaat.

Peguam minta 3 penyampai radio henti mohon maaf

Artikel lain: “Mereka hanyalah konten pihak penyiar..”- Azhar Sulaiman kurang setuju tiga penyampai radio dikenakan tindakan

Dalam hantaran yang sama, peguam tersebut turut meluahkan  rasa kecewa kerana insiden ini menyebabkan penghinaan terhadap agama Islam pula.

“Ada yang menghina kami sebagai pelacur di masjid dan menghina kitab suci Al-Quran secara terang-terangan.
“Sekarang, ada ke yang sanggup turun ke masjid kami untuk mohon maaf seperti yang saudara kami lakukan semalam?”soalnya.

Peguam minta 3 penyampai radio henti mohon maaf

Terdahulu, tiga penyampai radio Era FM sebelum ini telah memohon maaf selepas tularnya video yang didakwa mempersenda tarian Kavadi dalam kepercayaan Hindu.

Tarian yang sinonim dengan upacara suci Thaipusam itu dilakukan oleh salah seorang penyampai sambil menyebut ‘Vel Vel’, diikuti dengan gelak tawa.

Video tersebut menimbulkan kemarahan Timbalan Presiden MIC merangkap Ahli Parlimen Tapah, M. Saravanan, yang menuntut permohonan maaf terbuka serta menggesa kerajaan mengambil tindakan terhadap stesen radio Era FM.

Ketiga-tiga penyampai radio berkenaan telah digantung tugas sementara menunggu hasil siasatan terhadap isu ini.

Sumber: FB Mahmud Jumaat

Peguam minta 3 penyampai radio henti mohon maaf


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mahathir Tidak Layak Bercakap Tentang Kuasa Politik Melayu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker