Damsyik sambut baik keputusan OIC pulihkan keahlian Syria

Damsyik sambut baik keputusan OIC pulihkan keahlian Syria

Damsyik sambut baik keputusan OIC pulihkan keahlian Syria
BENDERA Syria berkibar di Damsyik pada 26 Dis 2024. FOTO AFP

Istanbul: Syria pada Sabtu menyambut baik keputusan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk memulihkan keanggotaan negara itu selepas kejatuhan rejim Presiden Bashar al-Assad, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Keputusan ini merupakan langkah penting ke arah kembalinya Syria ke dalam masyarakat serantau dan antarabangsa sebagai sebuah negara yang bebas dan adil,” menurut kenyataan Kementerian Luar Syria.

Kenyataan itu menegaskan komitmen Syria terhadap “prinsip-prinsip OIC, termasuk kerjasama, keadilan, dan martabat.”

Kementerian berkenaan turut menyatakan kesediaannya untuk “bekerjasama rapat dengan saudara kita di dunia Islam untuk membina semula Syria dan mengukuhkan rantau kita berdasarkan nilai bersama kita iaitu keadilan, keamanan, dan kerjasama.”

Selain itu, Syria menekankan aspirasinya untuk “membina masa depan iaitu rakyat Syria mendapatkan semula tempat yang sepatutnya di kalangan negara, menyumbang kepada dunia Islam yang lebih kukuh dan bersatu.”


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas


Pada Jumaat, Syria berjaya memulihkan keanggotaannya dalam OIC selepas digantung selama 13 tahun.

Menurut sumber diplomatik, inisiatif Turkiye semasa sesi tergempar Majlis Menteri Luar OIC di Jeddah membuka jalan bagi kepulangan Damsyik ke OIC.

Pada 24 Jun 2012, pada mesyuarat tergempar Jawatankuasa Eksekutif OIC peringkat menteri yang diadakan di Jeddah membincangkan situasi di Syria dan mengeluarkan cadangan untuk menggantung keanggotaan Syria dalam OIC pada waktu keganasan rejim Assad terhadap rakyatnya semakin meningkat.

Seterusnya, pada Sidang Kemuncak Luar Biasa OIC Ke-4 yang diadakan di Makkah pada 14-15 Ogos 2012, keanggotaan Syria dalam OIC digantung.

Assad, pemimpin Syria selama hampir 25 tahun, melarikan diri ke Rusia pada 8 Dis, menamatkan rejim Parti Baath yang telah memerintah sejak 1963.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?


Ahmed al-Sharaa, yang mengetuai pasukan menentang rejim itu untuk menggulingkan Assad, diisytiharkan sebagai presiden untuk tempoh peralihan pada 29 Jan.

Damsyik sambut baik keputusan OIC pulihkan keahlian Syria


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mahathir Tidak Layak Bercakap Tentang Kuasa Politik Melayu

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker