Kepala air hanyut kayu balak, tutup laluan utama
Kepala air hanyut kayu balak, tutup laluan utama

LIPIS : Kejadian kepala air berlaku dan menghanyutkan kayu balak reput dan sisa kayu sehingga menutup laluan utama termasuk sebuah jambatan di Kampung Orang Asli Pos Sinderut, dekat sini jam 9.00 malam semalam.
Kejadian itu turut meninggalkan lumpur di bawah kediaman dan dinding rumah pendudul yang terletak di pesisir anak sungai berdekatan Jambatan Kampung Tual.
Menurut penduduk berkenaan, akibat kejadian itu longgokan kayu balak dan sisaa kayu tersangkut di jambatan itu sehingga menutupi laluan masuk ke Sekolah Kebangsaan (SK) Sinderut, klinik dan beberapa kampung berdekatan.
Seorang penduduk Bah Juman, 50, berkata, kejadian itu berlaku ketika dia sekeluarga sudah mahu masuk tidur, yang mana ketika itu hujan lebat yang berlarutan sejak dua hari sebelumnya.
“Ketika itu, saya terdengar bunyi yang kuat berdekatan jambatan kampung ini dan saya terus bangun melihat menggunakan lampu suluh, rupa-rupanya pokok balak dan sisa kayu hanyut sudah menimbun di atas jambatan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Mesti Lebih Berhati-Hati Dengan Sikap DAP
- Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah
- Mungkinkah Najib Akan Menjadi Perdana Menteri Kali Kedua?
“Saya melihat aliran air laju seperti ‘kepala air’ melimpah ke kawasan penempatan pinggir sungai ini dan membawa bersama sisa kayu yang agak besar dan tersangkut di tiang bahagian bawah rumah,” katanya.
BelKatanya, kejadian kepala air itu mengejutkan semua penduduk berdekatan serta kaki tangan SK Sinderut kerana jambatan yang melibatkan laluan utama ke situ ditimbus kayu balak reput dan tertutup kepada semua kenderaan.
Bagi Bah Johari, 45, kejadian itu merupakan pertama b kali berlaku danmengejutkan dan tidak menyangka hujan lebat beberapa hari lalu mencetuskan aliran deras kepala air’ yang pertama kali dilihatnya.
“Kami juga terputus perhubungantalian komunikasi dan diharapkan pulih dalam masa terdekat kerana kemudahan ini penting untuk waktu kecemasan dan juga berhubung dengan rakan di luar.
“Akibat kejadian itu longgokan kayu balak dan reba kayu yang tersangkut di jambatan tersebut turut menutupi laluan masuk ke Sekolah Kebangsaan (SK) Sinderut, klinik dan beberapa kampung berdekatan, ‘katanya. -end.
Kepala air hanyut kayu balak, tutup laluan utama
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET