Polis tahan lelaki cetus kekecohan di rumah ibadat
Polis tahan lelaki cetus kekecohan di rumah ibadat

KUCHING: Polis menahan lelaki dipercayai mempunyai masalah mental kerana mengamuk di Gereja St Joseph, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah, berkata pihaknya menerima aduan orang awam mengenai kejadian di rumah ibadat itu pada jam 6.50 petang semalam.
“Lelaki berusia 25 tahun itu dilaporkan masuk dari pintu utama gereja menggunakan kereta sambil memainkan muzik dengan kuat serta memegang sebotol minuman keras.
“Lelaki tersebut juga secara tiba-tiba bertindak memaki hamun dengan mengeluarkan kata-kata kesat lalu membaling botol dan keluar dari gereja dalam keadaan marah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Mohd Farhan, ahli keluarga suspek sudah tampil memberi kenyataan dan menunjukkan dokumen menyatakan lelaki terbabit sedang mendapatkan rawatan di Hospital Kota Sentosa.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Mesti Lebih Berhati-Hati Dengan Sikap DAP
- Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah
- Mungkinkah Najib Akan Menjadi Perdana Menteri Kali Kedua?
“Ahli keluarga turut memaklumkan suspek dikhuatiri tidak mengambil ubat yang dibekalkan oleh pihak hospital kepadanya,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan.
Semalam, insiden berkenaan tular di media sosial dan mencetuskan kemarahan orang awam.
Mohd Farhan turut menasihati orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih mengenai kejadian itu.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pusat Kawalan IPD Kuching di talian 082-244444 atau Pegawai Penyiasat Inspektor Ang Mei Cin di talian 010-7039818. – BERNAMA
Polis tahan lelaki cetus kekecohan di rumah ibadat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET