Op Taring Chiller: PGA rampas produk sejuk beku RM4.5 juta, tahan 16 individu di Sabah

Op Taring Chiller: PGA rampas produk sejuk beku RM4.5 juta, tahan 16 individu di Sabah

Op Taring Chiller: PGA rampas produk sejuk beku RM4.5 juta, tahan 16 individu di Sabah
Sejumlah kotak berisi makanan sejuk beku yang berjaya dirampas oleh PGA menerusi Operasi Taring Chiller serentak seluruh Sabah kelmarin. – Foto ihsan PGA Sabah

KOTA KINABALU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah merampas pelbagai jenis makanan sejuk beku tanpa dokumen sah dan menahan 16 individu menerusi Op Taring Chiller yang dijalankan secara serentak seluruh negeri, kelmarin.

Operasi bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah dan Kementerian Kesihatan (KKM) itu merampas pelbagai jenis daging ayam, itik daging lembu, ikan, sotong serta produk sejuk beku lain dengan nilai keseluruhan rampasan RM4.57 juta.

Komander PGA Sabah, Datuk Abdul Rani Alias berkata, sebanyak sembilan serbuan dilaksanakan oleh pegawai dan anggota dari Unit Perisikan Briged Sabah PGA.

Katanya, sembilan serbuan dilaksanakan di daerah Kota Kinabalu, Penampang, Keningau, Sandakan, Tawau, Lahad Datu, dan Semporna menerusi Op Taring Chiller itu.

“Operasi yang dijalankan secara serentak di seluruh negeri menahan seramai 16 individu iaitu 11 lelaki dan empat wanita warga tempatan dan seorang lelaki warga Indonesia.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mahathir Tidak Layak Bercakap Tentang Kuasa Politik Melayu


“Antara kesalahan yang dikesan adalah mengikut Seksyen 15(1) Enakmen Haiwan 2015, Akta Makanan 1983 Peraturan 38(1)(G) Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dan Peraturan 38(1) Tidak mematuhi kehendak yang berhubungan dengan penyimpanan makanan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Abdul Rani berkata Operasi Taring Chiller ini dilaksanakan bagi memastikan masyarakat setempat sentiasa memperolehi bekalan makanan sejuk beku yang baik serta selamat selain mendapat status halal Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM).

Beliau berkata, operasi ini juga dijalankan bagi mengekang kemasukan produk sejuk beku yang diseludup masuk dari negara luar.

Katanya, polis melalui PGA akan terus menjalankan tugas dan tanggungjawab bagi menjaga serta mengawal keselamatan negara dan ketenteraman awam

“Polis juga mengharapkan supaya orang awam dapat menjadi mata dan telinga pihak polis dalam menghulurkan segala jenis maklumat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?


“Ini termasuk kes-kes penyeludupan yang berlaku di sekitar kawasan masing-masing bagi memastikan negara tidak dicerobohi oleh mana-mana elemen aktiviti haram penyeludupan dan aktiviti jenayah rentas sempadan,” katanya.

Op Taring Chiller: PGA rampas produk sejuk beku RM4.5 juta, tahan 16 individu di Sabah

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker