Tetak hingga mati: Polis sudah kenalpasti 4 suspek kes di Tasek Gelugor
Tetak hingga mati: Polis sudah kenalpasti 4 suspek kes di Tasek Gelugor

TASEK GELUGOR: Polis sudah mengenal pasti empat lelaki yang terbabit dalam kes menyerang dan menetak seorang lelaki warga Myanmar hingga maut di sebuah restoran di Taman Sepadu Jaya, di sini, awal pagi semalam.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata pihaknya sedang giat mengesan empat lelaki tempatan itu bagi membantu siasatan kes.

“Siasatan lanjut kes itu sedang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Semalam, media melaporkan polis menerima laporan kejadian itu daripada seorang lelaki tempatan pada 3.20 pagi memaklumkan empat lelaki tidak dikenali bersenjatakan parang menyerang seorang lelaki Myanmar, yang juga pekerja restoran terbabit.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman dilaporkan berkata siasatan awal mendapati empat lelaki itu memakai topi dan penutup muka, bersenjatakan parang serta menaiki sebuah kereta warna gelap.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mahathir Tidak Layak Bercakap Tentang Kuasa Politik Melayu
Katanya, suspek kemudian turun dari kenderaan dan terus menyerang mangsa yang ketika itu sedang bekerja di restoran tersebut sebelum mereka melarikan diri menggunakan kenderaan sama.
Pegawai perubatan Hospital Kepala Batas (HKB) yang tiba di lokasi mengesahkan mangsa yang berusia 38 tahun telah meninggal dunia akibat kecederaan parah.
Terdapat kesan tetakan pada bahagian lengan belakang tangan kanan, kepala dan beberapa kesan luka di bahagian belakang badan si mati dan mayat dibawa ke Jabatan Forensik HKB untuk bedah siasat.
– BERNAMA
Tetak hingga mati: Polis sudah kenalpasti 4 suspek kes di Tasek Gelugor
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Mesti Lebih Berhati-Hati Dengan Sikap DAP
- Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah
- Mungkinkah Najib Akan Menjadi Perdana Menteri Kali Kedua?