Zii Jia perlu bangkit di Seluruh England

Zii Jia perlu bangkit di Seluruh England

Zii Jia perlu bangkit di Seluruh England
LEE Zii Jia. FOTO ASWADI ALIAS

Kuala Lumpur: Bekas pemain nombor satu dunia, Roslin Hashim berharap pemain peseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dapat kembali ke tahap kecergasan sebenar sebelum bermulanya saingan Seluruh England Selasa ini.

Bagi Roslin, melihat keputusan yang diperoleh oleh Zii Jia di Masters Orleans, pemain itu seperti masih mencari rentak permainan yang sebenar selepas tidak menyertai mana-mana kejohanan pada awal musim tahun ini.

“Apa yang terjadi dalam perlawanan itu, dia saja tahu. Kalau melihat set pertama, permainan ok dan ada saingan sengit tetapi di set kedua, apabila tewas dengan hanya mendapat tujuh mata sahaja, itu mungkin menunjukkan dia belum cergas sepenuhnya selepas berehat tiga bulan.

“Dengan masa yang singkat sebelum Seluruh England bermula, dia perlu fokus kepada apa yang sudah dilakukan dan mengenal pasti punca kekalahan itu. Sudah pasti dia tak mahu perkara sama berulang pada kejohanan itu.

“Dari segi kondisi, hanya Zii Jia tahu sama ada dia benar-benar sudah bersedia atau sebaliknya,” katanya kepada Arena Metro.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mahathir Tidak Layak Bercakap Tentang Kuasa Politik Melayu


Semalam, pemain di ranking ketujuh dunia itu dikejutkan dengan kekalahan straight set kepada wakil Ireland, Nhat Nguyen 21-23, 7-21 di suku akhir Masters Orleans.

Selain itu, bekas juara Seluruh England itu juga perlu waspada dengan setiap lawan yang akan ditemuinya memandangkan dia diletakkan selaku status pemain pilihan.

Untuk pusingan pertama nanti, wakil negara itu akan berjumpa pemain ranking ke-20 dunia dari Hong Kong, Angus Ng Ka Long dan berdasarkan rekod pertemuan, Zii Jia menang enam daripada 10 pertemuan sebelum ini.

 

Zii Jia perlu bangkit di Seluruh England

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker