Gergasi Merah naib juara, Faisal ‘mengamuk’ ledak hatrik
Gergasi Merah naib juara, Faisal ‘mengamuk’ ledak hatrik

Petaling Jaya: Selangor FC (SFC) mengesahkan statusnya selaku pasukan kedua terbaik di Malaysia apabila sah bakal menamatkan kedudukan Liga Super selaku naib juara di belakang Johor Darul Ta’zim (JDT) musim ini selepas membelasah Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) 7-0, malam tadi.
Lebih manis, kejayaan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu turut menyaksikan kebangkitan luar biasa Faisal Halim yang meledak jaringan dan hatrik pertamanya selepas menjadi mangsa simbahan asid pada Mei tahun lalu.
Faisal nyata menjadi duri dalam daging buat KDN FC yang gagal menyekat kelincahan tonggak utama skuad Harimau Malaya di Piala Asia 2023 di Qatar Januari tahun lalu.
Dalam aksi itu, Red Giants yang tampil selaku pasukan pelawat di MBPJ mendahului tiga gol di babak pertama menerusi sentuhan Faisal di minit ke-13 selepas bijak membaca hantaran Safwan Baharudin.
Jaringan itu menamatkan badi selama 447 hari selepas kali terakhir meledak pada musim lalu ketika berdepan PDRM FC.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Mesti Lebih Berhati-Hati Dengan Sikap DAP
- Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah
- Mungkinkah Najib Akan Menjadi Perdana Menteri Kali Kedua?
Rembatan lencong Quentin Cheng berjaya menambah kelebihan SFC di minit ke-31 sebelum Faisal menambah gol ketiga pasukan di hujung babak pertama.
KDN FC yang terpalit dengan isu tunggakan gaji terus ‘lemas’ di babak kedua apabila SFC menambah empat gol lagi masing-masing menerusi Faisal (minit 66), Harith Haiqal (minit 54 dan 56) dan Alif Izwan (minit 73).
Tamat aksi di MBPJ menyaksikan SFC mengumpul 46 mata berbanding Sabah FC di tempat ketiga yang memungut 36 mata, ketika kedua-dua pasukan hanya berbaki dua perlawanan di dalam tangan.
Skuad Kijang Emas kendalian Park Jae-hong kekal di tangga tercorot liga.
Kejayaan anak buah Katsuhito Kinoshi itu membolehkan SFC menggenggam tiket ke pentas Asia untuk beraksi di saingan Liga Juara-Juara Asia II musim depan.
Terdahulu, JDT sudah mengesahkan mahkota kejuaraan Liga Super buat kali ke-11 berturut-turut dan akan terus beraksi di Liga Juara-Juara Asia Elit.
Gergasi Merah naib juara, Faisal ‘mengamuk’ ledak hatrik
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET