Real hadapi perlawanan wajib menang berdepan Vallecano
Real hadapi perlawanan wajib menang berdepan Vallecano

Madrid: Real Madrid berada dalam tekanan selepas gagal meraih kemenangan dalam empat daripada lima perlawanan LaLiga terakhir mereka.
Carlo Ancelotti kini menghadapi perlawanan wajib menang di laman sendiri menentang jiran mereka, Rayo Vallecano, pada Ahad ini, bagi memastikan peluang mereka dalam perebutan gelaran musim ini.
Barcelona kini mendahului dengan satu mata, selepas perubahan drastik kedudukan yang mengejutkan.
Real memimpin dengan kelebihan 10 mata ke atas Barcelona pada penghujung Januari, meskipun mereka bermain satu perlawanan lebih banyak, tetapi kelebihan itu kini hilang dan mereka terpaksa berjuang untuk mengekalkan gelaran mereka.
Di bawah bimbingan Hansi Flick, Barcelona kini berada di puncak dengan 57 mata, diikuti Atletico Madrid di tangga kedua dengan 56 mata, manakala Real kini di tempat ketiga dengan 54 mata selepas tewas 1-2 kepada Real Betis pada hujung minggu lalu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah
- Mungkinkah Najib Akan Menjadi Perdana Menteri Kali Kedua?
Ancelotti berhadapan cabaran sukar dengan skuad yang kekurangan pemain utama akibat kecederaan sejak awal musim.
Begitu juga dengan Flick dan Simeone yang perlu menguruskan skuad mereka dengan bijak.
Barcelona dijangka akan merombak skuad mereka apabila menentang Osasuna, manakala Atletico pula akan menentang Getafe sebelum berhadapan Real dalam perlawanan timbal balik pusingan ke-16 Liga Juara-Juara.
Sementara itu, Barcelona akan mempertahankan kelebihan 1-0 yang mereka peroleh di Benfica dalam perlawanan Liga Juara-Juara pada Rabu ini, selepas perlawanan yang penuh cabaran di Lisbon.
Flick dijangka akan menurunkan skuad yang lebih banyak perubahan pada Ahad ini bagi menghadapi Osasuna, untuk memberi rehat kepada pemain utama mereka dan mengurangkan risiko keletihan dalam jadual yang padat.
Real hadapi perlawanan wajib menang berdepan Vallecano
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?
- Di Mana Penghujungnya Perang Antara Mahathir Dan Anwar
- UMNO Mesti Lebih Berhati-Hati Dengan Sikap DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET