2 remaja lepasan SPM maut, 3 cedera Perodua Myvi langgar penghadang jalan

2 remaja lepasan SPM maut, 3 cedera Perodua Myvi langgar penghadang jalan

2 remaja lepasan SPM maut, 3 cedera Perodua Myvi langgar penghadang jalan
Keadaan Perodua Myvi yang remuk selepas hilang kawalan dan terbabas di Jalan Tanjung Bendahara menyebabkan dua maut dan tiga cedera. – Foto ihsan pembaca

ALOR SETAR: Dua remaja lelaki maut, manakala tiga lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas melanggar penghadang jalan raya di Tanjung Bendahara, di sini hari ini.

Difahamkan, semua remaja terbabit berusia 18 tahun dan dipercayai lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja, Penolong Penguasa Bomba Wan Azizul Hakim Wan Jaafar berkata, pihaknya menerima panggilan jam 10.28 malam sebelum sepasukan anggota dari BBP Jalan Raja tiba dikejarkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, didapati kemalangan membabitkan sebuah Perodua Myvi dinaiki lima remaja.

“Sementara dua lagi mangsa yang parah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) oleh EMRS Bomba, manakala seorang lagi dihantar dengan ambulans KKM ke hospital sama untuk rawatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, tindakan awal di lokasi adalah mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas.

“Mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan kerja pembersihan masih dilakukan di kawasan kemalangan ketika ini,” katanya.

2 remaja lepasan SPM maut, 3 cedera Perodua Myvi langgar penghadang jalan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker