Eda Ezrin, empat rakyat Malaysia lain bebas esok?
Eda Ezrin, empat rakyat Malaysia lain bebas esok?

Narathiwat: Penyanyi dikir barat moden popular Malaysia atau lebih dikenali sebagai Eda Ezrin, yang kini ditahan di penjara di sini, mungkin akan dibebaskan oleh Mahkamah Wilayah Narathiwat esok.
Sumber memberitahu NST, penyanyi berusia 30 tahun dari Kelantan itu dijangka dibebaskan selepas membayar denda yang dikenakan mahkamah.
Sumber itu, yang tidak mahu namanya disiarkan, berkata selain Eda Ezrin, empat lagi rakyat Malaysia dijangka dibebaskan esok.
“Mahkamah Wilayah Narathiwat dijadual menjatuhkan hukuman terhadap enam rakyat Malaysia pagi esok kerana didakwa memiliki pil Yaba dan mengambil dadah.
“Lima daripada mereka termasuk Eda Ezrin berkemungkinan akan didenda kerana mengambil dadah.
“Penyanyi itu dan empat yang lain berdepan hukuman penjara kurang enam bulan dan denda kurang RM1,000 kerana mengambil dadah.
“Memandangkan mereka sudah ditahan di Narathiwat kira-kira empat bulan sejak ditangkap pada 1 November tahun lalu, mahkamah mungkin membebaskan mereka lebih awal sebaik denda dibayar.
“Dua lagi rakyat Malaysia – seorang wanita dan seorang lelaki – juga akan didenda dan dipenjarakan kerana memasuki Thailand tanpa dokumentasi yang betul dan tinggal lebih masa,” kata sumber itu.
Seorang lagi lelaki warga Malaysia berusia 30-an dijangka didakwa kerana memiliki pil Yaba, tambah sumber itu.
“Bagaimanapun, pihak pendakwaan mempunyai hak untuk membantah keputusan itu semasa perbicaraan esok,” kata sumber itu.
Mahkamah Wilayah Narathiwat menetapkan esok untuk menjatuhkan hukuman terhadap Eda Ezrin, yang nama sebenarnya Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, bersama lima yang lain atas pertuduhan mengambil dadah di pekan Sungai Golok.
TERKINI: Eda Ezrin, suami dan empat yang lain dibebaskan mahkamah
Eda Ezrin, empat rakyat Malaysia lain bebas esok?
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?
- Di Mana Penghujungnya Perang Antara Mahathir Dan Anwar
- UMNO Mesti Lebih Berhati-Hati Dengan Sikap DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET