Siti Nurhaliza Buat Pisang Goreng Untuk Afwa [VIDEO]
Siti Nurhaliza Buat Pisang Goreng Untuk Afwa [VIDEO]
Penyanyi tersohor dan Biduanita negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!
Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.
“Lucu Bila Afwa Buat Tak Layan Bila Tokti Panggil Hahaha”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @rosmadiothman yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 605 ribu, tanda suka sebanyak 9,221 dan sebanyak 97 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Tokti yang membawa pisang yang baru sahaja digoreng buat Afwa dan Afiyah.
@rosmadiothman Pisang goreng buat AFWA… #sitinurhaliza #fyp #viral #trending #masukberandafyp #foryou #forypupage #fyppppppppppppppppppppppp
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa telatah Afwa sangat menghiburkan ramai. Tambah mereka lagi, beruntung Afwa kerana dapat memakan masakkan dari Biduanita Negara itu.
Siti Nurhaliza Buat Pisang Goreng Untuk Afwa [VIDEO]
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?
- Di Mana Penghujungnya Perang Antara Mahathir Dan Anwar
- UMNO Mesti Lebih Berhati-Hati Dengan Sikap DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET