Woods masih berduka

Woods masih berduka

Woods masih berduka
WOODS belum ada hati untuk beraksi. FOTO AFP

New York: Legenda golf, Tiger Woods memberi bayangan tidak akan beraksi di The Players minggu depan selepas mengakui masih belum bersedia untuk kembali berlatih susulan pemergian ibunya, Kultida, baru-baru ini.

Juara kejuaraan utama 15 kali itu juga mengakui terikat dengan tugasnya dalam lembaga dasar Jelajah PGA, sekali gus menyukarkan persiapan menjelang Masters yang akan berlangsung dalam tempoh lima minggu lagi.

“Inilah kali ketiga saya menyentuh kayu golf sejak ibu saya meninggal dunia, jadi saya belum benar-benar bersedia,” kata Woods kepada Sports Illustrated.

“Hati saya masih belum ada untuk berlatih sekarang. Saya ada banyak perkara lain yang perlu diselesaikan dengan Jelajah PGA dan juga perkara lain.”

“Sebaik sahaja saya mula rasa lebih baik dan kembali ke rentak biasa, saya akan mula melihat jadual pertandingan,” tambahnya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas


The Players akan berlangsung minggu depan akan diikuti oleh Kejohanan Valspar.

Kali terakhir Woods beraksi dalam kejohanan rasmi ialah ketika Terbuka British 2024 Julai lalu, di mana dia gagal melepasi cut.

Selepas terbabit dalam kemalangan kereta pada 2021, Woods masih dalam proses pemulihan dan menjalani pembedahan belakang kali keenam pada September lalu.

Dia menarik diri daripada Hero World Challenge namun sempat beraksi bersama anaknya, Charlie, dalam Kejohanan PNC Disember lalu.

Woods masih berduka

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker