Raphinha ceriakan Barca yang beraksi dengan 10 pemain

Raphinha ceriakan Barca yang beraksi dengan 10 pemain

Raphinha ceriakan Barca yang beraksi dengan 10 pemain
RAPHINHA meraikan gol tunggal dijaringkannya yang memastikan Barcelona menang 1-0 ke atas Benfica. FOTO REUTERS

Lisbon: Raphinha memastikan Barcelona menang tipis 1-0 pada perlawanan pertama pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang Benfica, awal pagi tadi, walaupun kelab gergasi Catalan itu beraksi dengan 10 pemain hampir sepanjang perlawanan.

Pemain pertahanan remaja, Pau Cubarsi dilayangkan kad merah pada minit ke-22 dalam pertembungan sengit di Lisbon ketika kedudukan masih terikat tanpa jaringan.

Raphinha meledak gol pada minit ke-61 untuk memberikan Barcelona yang juga juara Eropah lima kali, kelebihan tipis ke atas pasukan kendalian Bruno Lage menjelang perlawanan timbal balik Selasa depan.

Barcelona belum memenangi kejohanan ini sejak 2015, tetapi dijangka melangkah jauh musim ini selepas diundi dalam laluan yang dianggap menguntungkan.

“Saya sangat bangga,” kata jurulatih Jerman itu selepas pasukannya menang walaupun bermain dengan 10 pemain.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas


Penjaga gol Wojciech Szczesny, yang melakukan dua kesilapan besar ketika menentang Benfica dalam peringkat kumpulan pada Januari, menebus kesilapannya dengan beberapa aksi penyelamatan penting apabila Barca terpaksa bertahan dalam tempoh 30 minit terakhir.

Szczesny menyelamatkan percubaan berbahaya Kerem Akturkoglu hanya beberapa saat selepas sepak mula, dalam aksi yang meneruskan intensiti daripada perlawanan mendebarkan sebelum ini ketika Barcelona menang 5-4 di Lisbon.

“Kali terakhir kami bermain di sini, saya rasa (Szczesny) tidak meninggalkan tempat ini dengan gembira,” kata pemain tengah Barca, Pedri.

“Tetapi, dia menyelamatkan beberapa percubaan pada hari ini termasuk satu pada awal permainan yang sangat penting.

“Dia adalah kehadiran besar di antara tiang gol dan sangat bagus mempunyai kelibatnya dalam pasukan.”


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?


Di hujung padang satu lagi, Dani Olmo hampir menjaringkan gol buat Barca, sebelum penjaga gol Benfica, Anatoliy Trubin menyelamatkan tiga percubaan berturut-turut yang melegakan Benfica.

“Hari ini kami tahu bagaimana untuk bertahan,” tambah Pedri.

“Selepas kad merah, kami tahu dengan jelas apa yang perlu dilakukan iaitu berkumpul di bahagian pertahanan, bertahan sebagai satu unit dan memanfaatkan peluang dengan pemain yang kami ada di bahagian serangan.”

Raphinha ceriakan Barca yang beraksi dengan 10 pemain

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker