Ia mungkin gol terpenting saya di Bayern – Kane

Ia mungkin gol terpenting saya di Bayern – Kane

Ia mungkin gol terpenting saya di Bayern - Kane
KANE (tengah) menanduk masuk gol pertama Bayern untuk menewaskan Leverkusen 3-0, awal pagi tadi. FOTO REUTERS

Munich: Harry Kane berkata, dua golnya yang membantu Bayern Munich menang 3-0 ke atas Bayer Leverkusen pada perlawanan pertama pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Eropah (UCL), awal pagi tadi, mungkin yang paling penting setakat ini untuk kelab Jerman itu.

Kane menanduk masuk gol pembukaan pada minit kesembilan sebelum menjaringkan satu lagi gol menerusi sepakan penalti pada minit ke-75, sekali gus meletakkan Bayern dalam keadaan selesa menjelang perlawanan kedua minggu depan dan layak ke suku akhir.

Penyerang Pemain berusia 31 tahun itu yang masih mencari trofi pertama bersama skuad utama dalam karier, tidak memenangi sebarang gelaran musim lalu iaitu musim pertamanya bersama Bayern.

Tetapi, dia terus menghidupkan harapan pasukannya untuk mara ke final di Munich pada Mei nanti.

Ketika ditanya sama ada gol itu adalah yang paling penting baginya setakat ini, Kane menjawab: “Mungkin, saya rasa begitu.”


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas


“Kami tahu apa yang menanti dalam perlawanan ini. Kami sedar akan kehangatan perlawanan ini, tetapi kami kekal tenang dan saya turut kekal tenang.

“Seronok dapat menjaringkan gol awal dalam perlawanan, kemudian menambah satu lagi untuk melengkapkannya – tetapi seperti biasa, saya menantikan perlawanan seterusnya.”

Sejak menyertai Bayern dari Spurs pada musim panas 2023, Kane sudah menjaringkan 75 gol dalam 79 perlawanan dalam semua pertandingan.

Sebelum perlawanan pagi tadi, Bayern belum pernah menewaskan Leverkusen di bawah kendalian Xabi Alonso dengan tiga kali seri dan tiga kekalahan.

Namun, jurulatih Bayern, Vincent Kompany menepis anggapan kemenangan pasukannya itu memberi mesej besar dalam saingan UCL musim ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?


“Tiada sebarang kenyataan. Hanya fokus pada perlawanan seterusnya,” katanya.

Satu perkara yang membimbangkan gergasi Jerman itu adalah kecederaan kapten dan penjaga gol, Manuel Neuer yang terpaksa dikeluarkan dan digantikan oleh pemain berusia 21 tahun, Jonas Urbig, yang membuat penampilan sulungnya bersama Bayern.

Kompany mengakui tidak pasti sama ada Neuer akan tersedia dalam beberapa hari akan datang, tetapi tetap yakin dengan kualiti pasukannya di setiap posisi.

“Ia satu kerugian buat kami, tetapi saya sudah bercakap sebelum ini mengenai kekuatan kami. Jika Urbig perlu bermain, maka Urbig yang akan beraksi, dan kami tidak akan berfikir dua kali mengenainya,” katanya kepada DAZN.

Ia mungkin gol terpenting saya di Bayern – Kane

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker