Kertas siasatan DJ persenda agama lain diserah kepada AGC secepat mungkin – KPN
Kertas siasatan DJ persenda agama lain diserah kepada AGC secepat mungkin – KPN

KUALA LUMPUR: Polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung dakwaan penyampai stesen radio EraFM mempersenda upacara agama lain menerusi media sosial sebelum dihantar ke Pejabat Peguam Negara (AGC) dalam masa terdekat.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata enam individu termasuk tiga penyampai radio EraFM selesai memberi keterangan di Bukit Aman hari ini.
“Kita lengkapkan siasatan dan akan hantar kepada AGC secepat mungkin,” katanya.
Terdahulu, media melaporkan enam individu termasuk tiga penyampai radio EraFM selesai memberi keterangan di Bukit Aman, di sini hari ini berhubung dakwaan mempersenda upacara agama lain menerusi media sosial stesen radio berkenaan
Mereka dilihat keluar daripada perkarangan Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini, selepas lebih dua jam dirakam keterangan berhubung siasatan kes terbabit.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah
- Mungkinkah Najib Akan Menjadi Perdana Menteri Kali Kedua?
Toyota Vellfire membawa tiga penyampai berkenaan iaitu Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin Amir Affendi Ahmad Aruani dilihat keluar pada 1.10 tengah hari tanpa menyapa wartawan yang menunggu di luar sejak pagi tadi.
Dipercayai tiga kakitangan lain yang turut dirakam keterangan menaiki kenderaan berasingan.
Sebelum ini media melaporkan, enam individu termasuk penyampai stesen radio swasta itu akan diambil keterangan berhubung dakwaan mempersenda upacara agama lain.
Razarudin dilaporkan berkata, proses rakaman keterangan akan dijalankan oleh pegawai Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) dan sehingga pagi ini, sebanyak 44 laporan polis diterima berkaitan isu berkenaan.
Semalam, media melaporkan polis membuka kertas siasatan berhubung kakitangan stesen radio EraFM didakwa mempersenda upacara agama lain menerusi media sosial.
Kertas siasatan DJ persenda agama lain diserah kepada AGC secepat mungkin – KPN
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?
- Di Mana Penghujungnya Perang Antara Mahathir Dan Anwar
- UMNO Mesti Lebih Berhati-Hati Dengan Sikap DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET