Kuching City kecewakan Sri Pahang

Kuching City kecewakan Sri Pahang

Kuching City kecewakan Sri Pahang
AKSI antara Sri Pahang dan Kuching City sebentar tadi. FOTO Ihsan Sri Pahang FC

Temerloh: Kuching City FC tidak berdepan masalah untuk membawa pulang tiga mata selepas menewaskan Sri Pahang FC 2-0 pada aksi tertunda Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, sebentar tadi.

Jaringan yang dilakukan Yuki Tanigawa pada minit ke-14 pada 2 November lalu, sebelum ditangguhkan berikutan keadaan padang yang ditakungi air akibat hujan lebat dan Zahrul Nizwan Joe Kifli pada masa kecederaan memastikan kemenangan berharga buat Kuching City.

Pada perlawanan yang dimulakan pada minit ke-31 itu, hanya satu percubaan berbahaya dilakukan Kuching City menerusi Hazwan Bakri tetapi penyerang itu gagal untuk menghasilkan gol pada minit ke-36.

Sri Pahang yang tidak menyenaraikan penyerang berbisa, Kpah Sherman ternyata gagal untuk memberi tekanan kepada pemain pertahanan lawan yang menyaksikan lawan mendahului 1-0 pada babak pertama perlawanan.

Bersambung babak kedua, kapten Kuching City, Petrus Shitembi hampir menjaringkan gol kedua buat pasukannya tetapi bola rembatannya sedikit tersasar di sebelah kiri tiang gol tuan rumah pada minit ke-46.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas


Manakala, peluang terbaik tuan rumah hadir menerusi rembatan pemain tengah, Baqiudin Shamsuddin tetapi diselamatkan penjaga gol lawan, Wan Muhammad Azraie Wan Teh pada minit ke-53.

Sri Pahang yang ketinggalan 0-1 menggandakan asakan ke kubu lawan tetapi jentera pertahanan Kuching City mudah untuk menyekat percubaan tuan rumah.

Sebaliknya, pemain gantian, Zahrul Nizwan mengecewakan pasukan tuan rumah selepas menewaskan penjaga gol, Zarif Irfan hashimuddin pada masa kecederaan untuk mengesahkan kemenangan ke atas Sri Pahang.

Kuching City kecewakan Sri Pahang

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker