Benfica sedia lakar kejutan

Benfica sedia lakar kejutan

Benfica sedia lakar kejutan
BENFICA sedia serap serangan Barca. FOTO AFP

Lisbon: Barcelona dan Benfica pernah menghasilkan salah satu aksi paling mendebarkan musim ini dengan kemenangan 5-4 buat Barca dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara, dan kini mereka bakal bertembung sekali lagi dalam pusingan 16 terakhir.

Pengendali Benfica, Bruno Lage memberi amaran kepada peminat untuk bersedia menghadapi satu lagi perlawanan penuh dramatik apabila pasukannya menjadi tuan rumah kepada gergasi Sepanyol itu dalam aksi pertama di Estadio da Luz, awal pagi esok.

“Saya tidak boleh meramalkan berapa banyak gol yang akan dijaringkan, tetapi saya yakin ia akan menjadi perlawanan yang menarik kerana kedua-dua pasukan gemar menyerang,” kata Lage dalam sidang media.

“Ini adalah perlawanan yang sukar, tetapi kami akan turun untuk menang. Sudah tentu keputusan esok penting, tetapi keputusan aksi timbal balik lebih menentukan.”

Namun, Benfica tidak gentar dan Lage yakin pasukannya mampu melakar kejutan.

“Kami sedar Barcelona adalah pasukan yang banyak menjaringkan gol, tetapi kami juga mencipta banyak peluang dalam pertemuan terdahulu. Kami percaya boleh mara ke peringkat seterusnya,” katanya.

Bagaimanapun, Benfica berdepan masalah kecederaan apabila Angel Di Maria dan Florentino disahkan tidak dapat diturunkan.

“Perkara paling penting adalah pasukan beraksi sebagai satu unit tanpa mengira siapa yang bermain. Barcelona akan memberi ruang kepada kami dan kami perlu bijak memanfaatkannya,” tambah Lage.

Benfica sedia lakar kejutan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker