Kompany cari formula tumbangkan Leverkusen

Kompany cari formula tumbangkan Leverkusen

Kompany cari formula tumbangkan Leverkusen
KOMPANY mahu tamatkan badi tumpaskan Leverkusen. FOTO AFP

Munich: Pengendali Bayern Munich, Vincent Kompany berharap pasukannya mempunyai formula tepat untuk mencipta kemenangan pertama ke atas Bayer Leverkusen musim ini dalam aksi pertama pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara, awal pagi esok.

Bayern masih belum berjaya menewaskan Leverkusen dalam tiga pertemuan sebelum ini, termasuk tewas dalam saingan Piala Jerman dan seri dua kali dalam aksi Bundesliga.

Kompany sedar cabaran getir menanti tetapi percaya pasukannya mampu mencari jalan untuk menamatkan badi tanpa kemenangan ke atas juara bertahan Bundesliga itu.

“Dalam perlawanan seperti ini, segala-galanya bergantung kepada butiran kecil,” katanya dalam sidang media.

“Saya dan Xabi Alonso tidak boleh mempengaruhi bola di atas padang. Kita boleh merancang sebaik mungkin, tetapi akhirnya pemain yang akan menentukan keputusan.”


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas


Rekod menunjukkan Bayern gagal menang dalam enam pertemuan terakhir menentang pasukan kendalian Alonso, termasuk tiga kali musim ini.

“Setiap perlawanan berbeza, tetapi semuanya dimainkan dengan intensiti tinggi,” kata Kompany.

Dalam aksi terakhir pada 15 Februari lalu, Leverkusen menguasai permainan tetapi terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Bagaimanapun, Bayern yang kini mendahului Bundesliga dengan kelebihan lapan mata ke atas Leverkusen mahu memanfaatkan kelebihan beraksi di Allianz Arena.

“Kami tidak akan turun ke padang dengan mentaliti untuk buat lebih sedikit minggu ini dan lebih banyak minggu depan.

“Kami harap dapat mencari penyelesaian terbaik untuk menyaingi kehebatan Leverkusen, secara berpasukan dan juga individu.

“Aksi timbal balik memang memainkan peranan tetapi apabila bermain di laman sendiri, sesuatu yang istimewa boleh berlaku,” tambah Kompany.

Kompany cari formula tumbangkan Leverkusen

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker