Mahathir Tidak Layak Bercakap Tentang Kuasa Politik Melayu
Mahathir Tidak Layak Bercakap Tentang Kuasa Politik Melayu
Sejujurnya secara peribadi, penulis juga tidak bersetuju dengan cadangan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (URA).
Anwar boleh memberikan pelbagai alasan untuk menghalalkan pindaan Rang Undang Undang tersebut.
Tetapi realitinya, apa yang bakal berlaku nanti, adalah kuasa penentu politik Melayu di kawasan bandar nanti akan menjadi semakin lemah.
Hingga akhirnya, orang Melayu akan kehilangan kuasa penentu politik di kawasan bandar.
Bukan juga bermaksud penulis menyokong apa yang didakwa oleh pemimpin Perikatan Nasional.
Bersetuju dengan pendapat mereka tidak bermakna penulis adalah penyokong mereka.
Tetapi apabila isu ini dibangkitkan oleh Dr Mahathir, penulis merasakan beliau sebenarnya tidak ada asas moral untuk bercakap mengenai perpecahan kuasa politik Melayu.
Dosa terbesar Dr Mahathir terhadap orang Melayu adalah apabila beliau membuat persempadanan semula kawasan pilihanraya pada tahun 2003, sebelum beliau bersara.
Persempadanan semula itu menyebabkan banyak kawasan campuran.
Dan tidak menambah kawasan penduduk Melayu, sedangkan kawasan mereka yang sepatutnya ditambah.
Ini menyebabkan banyak kerusi parlimen di bandar yang sebelum itu dikuasai oleh orang Melayu, dikuasai oleh orang bukan Melayu.
Kerusi di parlimen bertambah, tetapi kuasa penentu kemenangan kerusi tersebut tidak lagi dikuasai orang Melayu.
Memburukkan keadaan, Dr Mahathir turut meletakkan jumlah pengundi Melayu mencecah 100,000 orang dalam satu parlimen.
Tidak cukup dengan itu, Dr Mahathir juga punca kepada perpecahan kuasa politik parti orang Melayu.
Dari hanya satu parti politik orang Melayu, akibat kerakusan Dr Mahathir untuk mengekalkan kuasa, parti politik orang Melayu telah berpecah.
Apakah Dr Mahathir lupa, siapakah yang menjadi punca kepada tertubuhnya parti PKR?
Juga apakah Dr Mahathir lupa, siapakah yang menyebabkan tertubuhnya parti PPBM?
Kemudian kuasa politik orang Melayu di dalam PPBM di pecahkan lagi dengan tertubuhnya parti Pejuang.
Dengan perpecahan demi perpecahan yang Dr Mahathir lakukan terhadap kuasa politik orang Melayu, apakah beliau merasakan masih layak bercakap mengenainya?
Mahathir Tidak Layak Bercakap Tentang Kuasa Politik Melayu
Di Syorkan Untuk Anda:
- SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA
- Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?
- Di Mana Penghujungnya Perang Antara Mahathir Dan Anwar