Polis minta bantuan kesan Megavan, kes pukul pengawal keselamatan wanita
Polis minta bantuan kesan Megavan, kes pukul pengawal keselamatan wanita

SERDANG: Polis sedang mengesan individu dikehendaki, Megavan Selvarajoo, 42, bagi membantu siasatan berhubung kes seorang pengawal keselamatan wanita diserang di Bandar Puteri Puchong, di sini, 25 Februari lalu.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner AA Anbalagan berkata, lelaki berkenaan dikehendaki bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, 506 Kanun Keseksaan, dan Seksyen 6 Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya.
“Sebarang maklumat berkaitan boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Sivanantha Madewan di talian 0163797727,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu media melaporkan, seorang pengawal keselamatan wanita dipukul dan diugut seorang lelaki yang dikenalinya ketika berada di sebuah pondok keselamatan di sebuah apartmen Bandar Puteri Puchong, di sini.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, pihaknya mengesan video kejadian berdurasi empat minit 29 saat menerusi Facebook semalam.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah
- Mungkinkah Najib Akan Menjadi Perdana Menteri Kali Kedua?
Anbalagan dilapor berkata, pihaknya menerima laporan berkait kejadian daripada mangsa berusia 32 tahun, jam 1.30 tengah hari.
Polis minta bantuan kesan Megavan, kes pukul pengawal keselamatan wanita
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?
- Di Mana Penghujungnya Perang Antara Mahathir Dan Anwar
- UMNO Mesti Lebih Berhati-Hati Dengan Sikap DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET