China pertimbangan kenaikan tarif ke atas produk pertanian, makanan AS

China pertimbangan kenaikan tarif ke atas produk pertanian, makanan AS

China pertimbangan kenaikan tarif ke atas produk pertanian, makanan AS
Foto hiasan. Foo REUTERS

BEIJING: China sedang mempertimbangkan untuk mengenakan tarif tambahan ke atas produk pertanian dan makanan dari Amerika Syarikat (AS) sebagai tindak balas terhadap rancangan Washington menaikkan tarif ke atas barangan China.

Sputnik/RIA Novosti memetik akhbar “Global Times” pada Isnin melaporkan pada Khamis, Presiden AS Donald Trump mengumumkan bahawa AS akan melaksanakan tarif yang dicadangkan terhadap Kanada dan Mexico pada 4 Mac seperti yang dirancang, termasuk tambahan 10 peratus ke atas produk China pada hari yang sama.

Beijing secara aktif menilai tindak balas untuk menangani ancaman tarif Washington, sambil menambah bahawa langkah itu mungkin termasuk tarif serta langkah lain, dengan produk pertanian dan makanan AS dijangka termasuk dalam senarai, menurut sumber.

Jumaat lalu, Kementerian Perdagangan China menegaskan bahawa negara itu akan mengambil semua langkah yang diperlukan bagi melindungi hak dan kepentingan sahnya berikutan kenaikan tarif yang dirancang Washington.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas


Kementerian itu turut menggesa AS agar “tidak mengulangi kesilapan lalu” dan kembali kepada rundingan adil sebagai jalan penyelesaian secepat mungkin.

Pada 10 Februari lalu, China mengenakan tarif tambahan, termasuk duti 15 peratus ke atas arang batu dan gas asli cecair (LNG) dari AS serta tarif 10 peratus terhadap beberapa produk lain.

China pertimbangan kenaikan tarif ke atas produk pertanian, makanan AS

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker