Pencarian terbaharu pesawat MH370 ‘boleh berubah menjadi bencana dengan sangat pantas’ – Pakar

Pencarian terbaharu pesawat MH370 ‘boleh berubah menjadi bencana dengan sangat pantas’ – Pakar

Pencarian terbaharu pesawat MH370 'boleh berubah menjadi bencana dengan sangat pantas' - Pakar
Foto hiasan.

PERTH, Australia: Pencarian terbaharu pesawat Malaysia Airlines MH370 di perairan Australia ‘boleh berubah menjadi bencana dengan sangat pantas’, amaran pakar.

Pesawat MH370, Boeing 777 yang membawa 227 penumpang termasuk enam warga Australia, hilang selepas berlepas dari Kuala Lumpur menuju Beijing pada 8 Mac 2014.

Pencarian sebelum ini sudah pun menyelusuri 200,000 kilometer persegi laut tanpa kejayaan.

Kini, usaha pencarian ketiga yang ditunggu-tunggu sedang dijalankan di kawasan seluas 15,000 kilometer persegi di Lautan Hindi, kira-kira 1,500 kilometer dari pantai Perth.

Syarikat teknologi AS-British, Ocean Infinity, dengan kapal pencariannya, Armada 7806, berada di kawasan terbabit menunggu untuk menghantar dron autonomi bawah laut miliknya ke dasar laut yang terletak enam kilometer di bawah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas


Dipercayai syarikat ini akan menumpukan perhatian pada zon berhampiran ‘lingkaran ketujuh’ yang sudah diselidiki sebelum ini, dimana pesawat itu dipercayai kehabisan bahan bakar, berdasarkan analisis data oleh penyelidik bebas 10 tahun lalu.

Kerajaan Malaysia sebelum ini mengumumkan bahawa mereka sudah menandatangani perjanjian berdasarkan prinsip ‘no find, no fee’ pada Disember lalu untuk Ocean Infinity menjalankan pencarian di kawasan terbabit.

Bekas pegawai tentera laut Australia, Peter Waring, berkata teknologi yang digunakan dalam pencarian ini adalah yang terbaik.

“Apa yang diwakili oleh kapal Ocean Infinity ini, secara jujur, adalah perubahan besar dalam teknologi maritim seperti peralihan dari belayar kepada teknologi wap pada abad ke-18,” katanya kepada 60 Minutes.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?


“Ia adalah lonjakan besar dalam teknologi maritim. Namun, teknologi ini hanya boleh membawa penyelidik sejauh mana di laut terbuka, dimana ombak setinggi 20 meter direkodkan di kawasan pencarian baru ini.

“Tidak ada perlindungan langsung di luar sana dan tiada tempat untuk bersembunyi,” amaran Waring.

Katanya, pihak terbabit dalam pencarian mempunyai enam atau tujuh hari perjalanan dari pelabuhan terdekat, iaitu Perth.

“Ini adalah keadaan berbahaya, jika kesilapan berlaku, ia akan menjadi bencana dengan sangat cepat. Ini adalah usaha kedua Ocean Infinity untuk mencari bangkai pesawat selepas percubaan yang gagal pada 2018.

“Kami pernah berada di sini sebelum ini, banyak pencarian telah dilakukan sebelum ini,” kata Waring.” Banyak janji telah dibuat dan saya sangat berharap kali ini kami akan menemui pesawat itu dan dapat menamatkan misteri ini.

“Ini adalah misteri yang benar-benar menyayat lapisan realiti, dan mungkin ia akan sedikit menyatukannya semula,” katanya.

Sementara itu, penjelajah laut dalam dan jurutera elektrik, Craig Wallace, turut memberi amaran mengenai keadaan yang mencabar.

“Lautan Hindi tempat mereka beroperasi adalah antara yang paling teruk di dunia. Mereka telah merekodkan ketinggian ombak setinggi 20 meter, iaitu 60 kaki.

“(Ia) keadaan yang ekstrem dan ada banyak masa di mana mereka mungkin tidak dapat melancarkan atau menarik balik kenderaan itu,” katanya.

Ocean Infinity dipercayai sudah mengenal pasti kawasan pencarian mereka berdasarkan lokasi anggaran lingkaran ketujuh, ciri prestasi pesawat serta cuaca sepanjang laluan penerbangan pada malam dan pagi 8 Mac 2014.

Pakar pemulihan juga akan mengambil kira data satelit dan pemodelan oseanografi mengenai laluan perjalanan bagi 37 komponen pesawat yang telah ditemui sehingga ke Mauritius dan Madagascar.

Bekas juruterbang RAAF dan Qantas, Mike Glynn, berpendapat bahawa data lain yang digunakan dalam siasatan adalah mengelirukan.

Katanya, metodologi yang dibangunkan oleh seorang jurutera aeroangkasa bersara itu bergantung kepada anomali dalam isyarat radio yang diukur dalam apa yang dikenali sebagai penjejakan pelaporan propagasi isyarat lemah.

“Teori ini mengatakan jika anda menjejak semua pautan dengan anomali di dalamnya, anda boleh mengesan di mana pesawat itu pergi, tetapi anda sebenarnya tidak boleh,’ katanya kepada media The Australian.

Glynn berkata kerajaan Malaysia berharap teori terbabit boleh menjadi bukti yang akan membawa mereka lebih dekat kepada bangkai pesawat MH370.

“Bagaimanapun, hal ini tidak terjadi dan ia akan membawa kepada kegagalan pencarian yang lain,” katanya.

Glynn percaya kapten pesawat MH370, Zaharie Ahmad Shah pada mulanya merancang satu pembunuhan-massa bunuh diri untuk penerbangan terbabit.

Pakar berharap analisis kotak hitam dalam bangkai pesawat dapat mendedahkan detik-detik terakhir pesawat berkenaan.

“Tanggungjawab dan kewajipan kami adalah untuk waris terdekat,” kata Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke, dalam satu sidang media pada Disember.

“Kami berharap kali ini akan memberikan hasil positif, bahawa bangkai pesawat akan ditemui dan memberi jawapan kepada keluarga terbabit,”.

Sisa pesawat, sebahagian yang disahkan dan beberapa lagi dipercayai berasal dari pesawat terbabit, ditemukan di sepanjang pantai Afrika dan di beberapa pulau di Lautan Hindi.

Loke berkata cadangan untuk menyambung semula pencarian di Lautan Hindi Selatan datang dari syarikat penerokaan Ocean Infinity, yang sebelum ini sudah menjalankan pencarian terakhir untuk pesawat itu, pada 2018. – AGENSI

Pencarian terbaharu pesawat MH370 ‘boleh berubah menjadi bencana dengan sangat pantas’ – Pakar

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker