Thailand kaji bina tembok sempadan dengan Kemboja, elak tragedi penipuan rentas sempadan

Thailand kaji bina tembok sempadan dengan Kemboja, elak tragedi penipuan rentas sempadan

Thailand kaji bina tembok sempadan dengan Kemboja, elak tragedi penipuan rentas sempadan
Mangsa penipuan yang diseludup masuk ke Myanmar menjadi buruh paksa ‘scammer’ berjaya dikesan dan diselamatakan berdekatan sempadan Thailand-Myanmar, bulan lalu. – Foto REUTERS

BANGKOK: Thailand sedang mengkaji cadangan untuk membina tembok di sebahagian sempadannya dengan Kemboja bagi menghalang kemasukan secara haram, menurut kerajaan negara itu, hari ini.

Ini susulan usaha pelbagai negara untuk membongkar rangkaian pusat penipuan haram terbesar yang semakin meningkat di negara berkenaan.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), tindakan keras ini diperluaskan terhadap pusat penipuan yang bertanggungjawab menjalankan penipuan kewangan besar-besaran di Asia Tenggara, terutamanya di sempadan Thailand dengan Myanmar dan Kemboja, yang mana beratus-ratus ribu orang diperdagangkan oleh kumpulan penjenayah sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Pada hujung minggu lalu, polis Thailand menerima 119 warganya daripada pihak berkuasa Kemboja selepas satu serbuan di bandar Poipet yang berjaya menyelamatkan 215 orang dari sebuah pusat penipuan.

Menurut jurucakap kerajaan Thailand, Jirayu Houngsub, jika tembok itu dibina, ia akan mengkaji bagaimana ia boleh dilaksanakan, apakah hasilnya dan bagaimana ia akan menyelesaikan masalah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas


Jurucakap kerajaan dan Kementerian Luar Kemboja pula enggan mengulas perkara itu.

Thailand dan Kemboja berkongsi sempadan sepanjang 817 kilometer, yang mana Kementerian Pertahanan Thailand sebelum ini mencadangkan pembinaan tembok untuk menghalang laluan semula jadi sepanjang 55 km antara wilayah Sa Kaeo di Thailand dan Poipet, yang pada masa ini hanya dilindungi dengan kawat dawai berduri.

Pusat penipuan telekomunikasi sudah beroperasi selama bertahun-tahun di Asia Tenggara, memperdaya orang dari pelbagai negara sehingga ke Afrika Barat.

Pusat-pusat ini kini berada di bawah pengawasan yang lebih ketat selepas operasi menyelamat pelakon Cina, Wang Xing, pada Januari lalu, yang dijanjikan pekerjaan di Thailand sebelum diculik dan dibawa ke pusat penipuan di Myanmar.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?


Di Myawaddy, Myanmar, lebih 7,000 orang asing kebanyakannya dari China sedang menunggu untuk melintas ke Thailand, hasil kerjasama dan koordinasi dengan kedutaan-kedutaan untuk memudahkan penghantaran pulang.

Beratus-ratus warga asing yang dikeluarkan dari pusat penipuan kini terperangkap dalam keadaan daif di sebuah kem militia di Myanmar dan bergelut untuk mendapatkan laluan pulang, menurut beberapa tahanan.

Sementara seorang anggota Parlimen Thailand, minggu lalu menyatakan tindakan keras berkenaan tidak mencukupi, dengan anggaran 300,000 orang sedang beroperasi di pusat ‘penipuan’ di Myawaddy saja.

Thailand kaji bina tembok sempadan dengan Kemboja, elak tragedi penipuan rentas sempadan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker