Di Mahkamah Tinggi di Putrajaya Perbicaraan 1MDB
Che Lodin Wok adalah saksian pembelaan.
Sebagai saksi pembelaan, Che Lodin berkata, tujuan Najib menghubungi Pengerusi 1MDB pada ketika itu ialah untuk memberi motivasi supaya Lembaga Pengarah membuat keputusan “cekap” mengenai cadangan menyertai usaha sama AS$1 bilion dengan Petrosaudi International Limited PSI.
Di Mahkamah Tinggi di Putrajaya hari ini, Che Lodin mengeluar kenyataan seperti di atas bagi menyokong dakwaan Najib bahawa panggilan telefon olehnya kepada Bakke Salleh bukan untuk memberi tekanan kepada lembaga itu untuk menyertai usaha sama pada akhir 2009.
Che Lodin Mengimbas kembali apa yang berlaku semasa mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB pada 26 September tahun berkenaan.
Jho Low telah menyerahkan telefon bimbitnya kepada Bakke untuk menghubungkan Pengerusi 1MDB ketika itu supaya dapat berkomunikasi dengan Najib.
“Selepas menerima telefon, Bakke keluar dari bilik mesyuarat dan kemudian memaklumkan kepada Lembaga Pengarah bahawa dia baru sahaja bercakap dengan Najib.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bolehkah Gag Order Bisukan Ahli Parlimen?
- Apakah Pemimpin Politik Masih Menghormati Prinsip Demokrasi?
- Apakah Masa Depan UMNO Sebagai Parti Politik Orang Melayu
Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?
“Katanya, bahawa Najib menyedari perbincangan usaha sama dan menekankan kepentingan membuat keputusan dengan cekap.
Bagaimanapun, Lembaga Pengarah meneruskan perbincangannya dengan menilai syarat usaha sama, mempertimbangkan pelbagai faktor sebelum mencapai resolusi,” kata Che Lodin.
Menerusi perbicaraan hari ini, Che Lodin memberi penjelasan kepada Collin Lawrence Sequerah berhubung mesyuarat yang dihadiri saksi itu.
Che Lodin berkata demikian pada perbicaraan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram RM2.27 bilion 1MDB terhadap Najib.
Dipetik dari Malaysiakini, semasa pemeriksaan balas oleh peguam bela Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin mengenai sama ada saksi merasakan Najib memberi arahan atau memerintahkan untuk mempercepatkan keputusan, Che Lodin berkata, pemahamannya ialah bekas Perdana Menteri itu cuma mahu lembaga itu menilai dengan teliti cadangan tersebut dan memastikan ia sejajar dengan objektif 1MDB.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Pemimpin Politik Masih Menghormati Prinsip Demokrasi?
- Apakah Masa Depan UMNO Sebagai Parti Politik Orang Melayu
Sekali Lagi Anwar Jadi ‘Kapten Amerika’ Untuk Rakyat Malaysia
Tujuan firma pelaburan negara adalah untuk memastikan pembangunan mampan jangka panjang sambil menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat Malaysia.
Che Lodin berkata, bahawa beliau dan Lembaga Pengarah mematuhi gesaan Najib untuk penilaian teliti dengan mengenakan pra-syarat tertentu, termasuk penilaian awal aset PSI.
Berikutan 1MDB memasuki usaha sama dengan PSI, kira-kira AS$700 juta daripada wang dana Malaysia disalurkan kepada entiti luar pesisir Good Star Limited, yang didakwa dikaitkan dengan Jho Low yang masih bebas.
Apabila Wan Azwan Aiman mempersoalkan sama ada Jho Low adalah proksi Najib, Che Lodin memberi keterangan bahawa dia tidak pernah dimaklumkan mengenai perkara itu, sambil menegaskan bahawa pelarian itu “tidak mempunyai peranan atau kuasa dalam 1MDB”.
Berkhidmat dengan 1MDB mulai 2009 hingga 2016 bermula sebagai pengarah dan kemudiannya menjadi pengerusi, Che Lodin berkata, lembaga itu membuat keputusan tanpa sebarang pengaruh daripada Low.
Che Lodin berkata, “tidak!” ketika Wan Azwan Aiman menyoal, “adakah kebimbangan mengenai kemungkinan pemecatan oleh Najib pernah mempengaruhi atau membentuk kelulusan kamu melalui DCR “resolusi pekeliling pengarah” atau dalam mesyuarat lembaga?
Mantan Pengerusi 1MDB itu mengulangi bahawa lembaga itu memainkan peranan aktif dalam tadbir urus korporat dalam membuat keputusan.
Che Lodin menegaskan bahawa kuasa membuat keputusan tidak dikekang oleh kedudukan Najib ketika itu sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan, dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB.
“Keputusan dibuat melalui perbincangan yang sewajarnya, berdasarkan maklumat yang dibentangkan oleh pengurusan dan pelbagai perunding, serta mematuhi prinsip tadbir urus korporat. Selain itu, semua keputusan dibuat secara kolektif,” ulang saksi pembelaan itu.
Pada 30 Oktober tahun lepas, Mahkamah Jenayah memerintahkan Najib membela diri atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM2.27 bilion daripada 1MDB.
Sequerah memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya mewujudkan kes prima facie terhadap Najib berdasarkan kekuatan kira-kira 50 keterangan saksi.
Antara awal Disember tahun lalu dan akhir Januari tahun ini, Najib menghabiskan 26 hari di kandang saksi dan cuba menimbulkan keraguan munasabah dalam kes pendakwaan.
Hujah Najib bahawa beliau tidak mempunyai pengetahuan mahupun penglibatan dalam salah laku di 1MDB, dan penyelewengan dana firma pelaburan negara yang bermasalah itu sebenarnya didalangi oleh Low dan ahli pengurusannya yang lain.
Najib berhujah bahawa beliau telah dijanjikan sumbangan derma oleh Almarhum Raja Arab Saudi Raja Abdullah semasa pertemuan antara mereka di Riyadh pada 2010.
Kini Najib sedang menjalani hukuman penjara enam tahun sejak Ogos 2022 atas kes rasuah berasingan membabitkan RM42 juta daripada SRC, bekas anak syarikat 1MDB.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kamal Baharin Omar – Malaysiakini.
Najib mementingkan kualiti perkhidmatan yang cekap dan berintegrit.
Persoalannya siapakah dalang di sebalik takbir yang mencetuskan penyelewengan mega jika bukan Jho Low? – Zakaria Mohd.
Di Mahkamah Tinggi di Putrajaya Perbicaraan 1MDB
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Mesti Lebih Berhati-Hati Dengan Sikap DAP
- Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas
- Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah
- Mungkinkah Najib Akan Menjadi Perdana Menteri Kali Kedua?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET