JAS serbu kilang sisa elektronik haram

JAS serbu kilang sisa elektronik haram

JAS serbu kilang sisa elektronik haram
Pemeriksaan dilakukan pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang yang melakukan Operasi Bersepadu kilang pemprosesan buangan terjadual sisa elektronik (e-waste). – Foto ihsan JAS.

KUANTAN: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang menyerbu kilang pemprosesan buangan terjadual sisa elektronik (e-waste) yang beroperasi secara haram di Mukim Bebar, Pekan, di sini semalam.

Dalam Operasi Bersepadu berkenaan turut disita sebanyak 54 unit buangan terjadual.

Menurut kenyataan JAS, premis tersebut disyaki telah menjalankan pemprosesan buangan terjadual sisa elektronik melalui kaedah peleburan hingga menyebabkan berlakunya pencemaran udara di sekitar kawasan jalan utama Lebuhraya Kuantan-Segamat.

Katanya, seorang pekerja warga asing telah ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi tujuan siasatan lanjut.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 34B, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan sabit kesalahan penjara mandatori tidak lebih lima tahun dan denda maksimum hingga RM10 juta


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Kerajaan Akan Terus Memanjangkan Isu Titah Adendum Di Mahkamah?



jika sabit kesalahan.

Operasi turut disertai agensi penguatkuasaan membabitkan Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP), Polis Diraja Malaysia (PDRM), JIM dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sebarang aduan pencemaran boleh terus dilaporkan ke talian bebas tol JAS di 1-800-88-2727 atau emel ke [email protected] dan melalui portal e-aduan JAS di http://eaduan.doe.gov.my.

JAS serbu kilang sisa elektronik haram


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Suara Rakyat Boleh Di Bisukan Tetapi Kemarahan Rakyat Akan Berpanjangan

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker