Hatrik Kluivert malukan Newcastle
Hatrik Kluivert malukan Newcastle
Newcastle: Pemain tengah Bournemouth, Justin Kluivert menjaringkan hatrik ketika melakar kemenangan 4-1 di tempat lawan ke atas Newcastle United, bekas kelab bapanya, Patrick Kluivert, pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), hari ini.
Kemenangan itu menamatkan rekod enam kemenangan berturut-turut tuan rumah dalam kempen liga.
Kemenangan itu meletakkan Bournemouth di tangga keenam liga dengan 37 mata, di belakang Chelsea yang berada di tempat kelima berdasarkan perbezaan gol, manakala Newcastle kekal di tangga keempat dengan 38 mata.
Kluivert membuka jaringan untuk Bournemouth pada minit keenam dengan rembatan deras, namun Bruno Guimaraes menyamakan kedudukan untuk Newcastle melalui sepakan sudut.
Kluivert kembali menjaringkan gol kedua untuk membolehkan pasukannya mendahului 2-1 sebelum rehat separuh masa pertama.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Beranikah UMNO Membuat Laporan Polis Terhadap Pihak Yang Menyembunyikan Titah Adendum?
- Kredibiliti Kerajaan Tercalar Teruk Dengan Keputusan Mahkamah Rayuan
Apakah Kerajaan Akan Terus Memanjangkan Isu Titah Adendum Di Mahkamah?
Newcastle gagal mencipta peluang berbahaya, sebaliknya Kluivert melengkapkan hatriknya pada masa kecederaan separuh masa kedua.
Milos Kerkez kemudian menyumbang gol keempat Bournemouth.
Hatrik Kluivert malukan Newcastle
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Suara Rakyat Boleh Di Bisukan Tetapi Kemarahan Rakyat Akan Berpanjangan
You must be logged in to post a comment.