Erra Fazira – Setiap Orang Ada Cara Selesai Masalah
Ini Bukan Soal ‘High Class’ Atau Tidak
Erra Fazira – Setiap Orang Ada Cara Selesai Masalah
Dipuji sebagai wanita ‘ada class’ kerana tidak pernah mendedahkan masalah rumah tangga kepada umum, pelakon dan penyanyi, Erra Fazira enggan kisahnya itu dibandingkan dengan orang lain.
Menurut Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, setiap individu mempunyai cara tersendiri dalam menyelesaikan masalah dan sebagai orang luar, kita perlu menghormatinya.
“Ini bukan soal ‘high class’ atau tidak. Ia lebih kepada cara individu menyelesaikan masalah masing-masing. Ada orang lebih puas bila meluahkan atau memendam.
“Cara saya dan orang lain berbeza. Kita tidak perlu menghakimi cara orang lain. Berdiam diri atau tidak, ia tiada kena mengena dengan kelas seseorang.
“Kadang-kala, ada pula yang bertanya kenapa tidak perjelaskan permasalahan? Ada yang beranggapan lebih baik diperjelaskan daripada timbul spekulasi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Mahathir Dakwa Putin Sahabat Baik Beliau, Kelas Gitu…
“Saya pun tak boleh nak tentukan cara mana lebih baik. Ada orang menganggap perjuangkan hak adalah perkara terbaik. Ada juga yang merasakan mengalah lebih baik.
Tepuk dada, tanya selera,” katanya kepada MH.
Pelakon filem Kuliah Cinta itu berkata sedemikian ketika ditemui di konsert Kilauan Emas 2024 yang berlangsung di Royal Theatre, Shah Alam pada Sabtu.
Jelas Erra lagi, walau apa sekalipun cara yang dipilih, sebaiknya kita perlu menjaga aib pasangan.
“Saya lebih selesa dan tenang jika menyelesaikan masalah dua pihak secara dalaman. Jika ada masalah, tidak perlu diuar-uarkan.
“Namun, saya juga ada mengenali beberapa orang yang tidak akan tenang selagi kebenaran tidak diperjuangkan.
“Yang menggerakkan tindakan seseorang itu, Allah juga. Jadi, kita tak boleh menilai. Cuma kalau nak memperjuangkan sekalipun, pada pendapat saya, jangan sampai mengaibkan orang lain,” ujarnya lagi.
Katanya lagi, setiap pasangan juga hendaklah memikirkan soal anak-anak dalam setiap keputusan yang mereka lalukan.
“Dari segi logik kehidupan, sudah tentu anak akan membesar. Mungkin ada ibu bapa yang merasakan anak-anak itu perlu tahu kebenaran.
“Jika pendekatan saya, saya tidak mahu 10 tahun lagi anak saya baca apa-apa di internet.
“Kita tidak tahu apa akan berlaku pada masa hadapan. Mungkin hari ini kita bergaduh, sebulan atau setahun lagi kita sudah berbaik,” ujarnya lagi.
Ditanya bagaimana dia mengekalkan hubungan baik bersama bekas suami, ini jawab Erra;
“Kita pilih untuk tidak mahu bergaduh. Ada kalanya, pihak satu lagi mungkin berkeras. Jadi, kitalah yang kena bertenang dah mengalah.
“Mengalah tak bererti kalah. Satu hari nanti, yang keras itu akan lembut bila kita berlembut. Kita serahkan pada Allah.
“Saya tidak suka bergaduh dan bermusuh. Dunia dan industri kita kecil sahaja. Pusing-pusing, jumpa juga. Apatah lagi bila kita pernah berumah tangga dan punyai anak,” akhirinya.
Sekadar informasi, Erra pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003 tetapi jodoh mereka ternoktah tiga tahun kemudian.
Setahun selepas itu, Erra mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran dan dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya yang kini berusia 15 tahun.
Begitupun, selepas tujuh tahun melayari kehidupan bersama-sama, pasangan terbabit memilih haluan sendiri.
Erra Fazira – Setiap Orang Ada Cara Selesai Masalah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- TMJ: Tinggalkan Johor Kalau Tak Puas Hati
- Dokumen Titah Raja yang tular tu sahih atau tidak? Peguam Najib tanya kerajaan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET