UMNO setuju bentuk kerjasama dengan PH hadapi PRN Sabah

UMNO setuju bentuk kerjasama dengan PH hadapi PRN Sabah

UMNO secara prinsip sudah bersetuju supaya UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah menjalin kerjasama untuk membentuk pakatan dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata UMNO dan BN juga mengalu-alukan mana-mana parti lain yang mahu menyertai kerjasama itu.



“Keputusan menjalin kerjasama antara BN Sabah dan PH ini menjadi keputusan bersama antara UMNO Sabah dan UMNO pusat kerana kaedah terbaik adalah bagi mengekalkan Kerajaan Perpaduan di Putrajaya dan pada masa sama kita lanjutkan di Sabah.

“Namun parti-parti lain masih terbuka untuk menjalin kerjasama dengan kami. Kita juga harap tidak ada parti di Sabah yang menyebutkan ini adalah parti Malaya ataupun parti peringkat kebangsaan dan tidak perlu masuk ke sabah.

“Kita sebuah negara demokrasi, maka tidak ada parti tempatan atau parti Semenanjung. Maka seharusnya tidak ada kenyataan dikeluarkan yang menyinggung mana-mana perasaan walaupun parti itu berhajat semula untuk menjadi Ketua Menteri Sabah,” katanya pada sidang media bersama wartawan Malaysia di akhir lawatannya ke China di sini hari ini.

Ditanya sama ada pendekatan di PRN Sabah akan menjadi model kerjasama BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16, Ahmad Zahid berkata, buat setakat ini, kerjasama bertumpu untuk PRN Sabah saja.



“Kita mengambil langkah untuk menyelesaikan masalah PRN Sabah dulu dan jika ‘template’ dan acuan ini berjaya, tentunya kita akan kaji pelaksanaan di peringkat PRU16.

“Tetapi keserasian di antara BN dan PH 2.0 sudah terbukti baik termasuk dokongan daripada rakan GPS (Gabungan Parti Sarawak), GRS (Gabungan Rakyat Sabah) dan parti lain termasuk Ahli Parlimen bebas.

“Kita lihat nanti bagaimana, yang penting kestabilan politik dapat terus dipertahankan di Malaysia,” katanya.

Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin beberapa hari lalu memaklumkan akan mengadakan perbincangan dengan jawatankuasa BN Sabah bagi memperhalusi kerjasama parti itu bersama PH bagi menghadapi PRN ke-17 itu.



UMNO Sabah juga menyokong kenyataan Ahmad Zahid bahawa kempen BN-PH pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota akan dijadikan model dan formula kepada jentera Kerajaan Perpaduan dalam pilihan raya akan datang. BH

UMNO setuju bentuk kerjasama dengan PH hadapi PRN Sabah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Ziarah bapa selepas 4 tahun, jumpa rangka sahaja

Hot FM diancam boikot gara-gara KJ (Video)



Dolly pembancuh teh viral di tiktok kini dibayar RM40,000 sehari

Kontraktor Kantin MRSM Taiping Rupanya Isteri VVIP?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker