Wan Fayhsal ketagih perhatian – Fahmi
Wan Fayhsal ketagih perhatian – Fahmi
Fahmi Fadzil meminta Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal terus menyahut cabaran debat ‘cetak wang’ oleh Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berbanding ‘menagih perhatian’.
Menteri komunikasi berkata, Wan Fayhsal dilihat ‘sentap’ apabila Rafizi mencabarnya berdebat mengenai formula pernah dilaungkan ketua Pemuda Bersatu itu.
“Saya nampak dia tersakiti dan tersentap kerana Rafizi telah melontarkan cabaran (debat) berkaitan formula cetak wang pernah dilaungkan Ahli Parlimen Machang itu.
Jadi sekarang sama ada dia terima cabaran itu. Bukan mudah nak bahas dengan menteri ekonomi. Pergilah situ, katanya pada sidang media selepas majlis ‘Jejak Panda’ oleh Foodpanda Malaysia di IWK Eco Park.
Fahmi berkata, jika Wan Fayhsal berniat membahaskan isu berkaitan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), ia boleh dilakukan di Parlimen dengan mengikut peraturan dan cara berhemat.
Dia ‘ketagih perhatian’ dan cuma inginkan orang ramai lihatnya. Kalau betul-betul nak debat sepatutnya jangan bawa surat layang ke Parlimen, katanya.
Wan Fayhsal kini digantung Dewan Rakyat selama enam bulan susulan kenyataannya berhubung dalang pengambilalihan MAHB pada 1 Julai lalu.
Sabtu lalu, beliau meminta Fahmi dan Rafizi tidak mengalihkan isu lain berhubung pelawaan debat mengenai MAHB menjual saham kepada syarikat pro-Zionis.
Terdahulu, dilaporkan Rafizi mengajak Wan Fayhsal berdebat mengenai topik ‘bagaimana merancakkan ekonomi dengan mencetak wang’.
Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata, isu itu perlu dibahaskan kerana ia ‘idea yang paling bernas mengenai ekonomi pernah datang daripada Perikatan Nasional’.
Tahun lalu, Rafizi berdebat dengan Ahli Parlimen Bachok daripada PAS Mohd Syahir Sulaiman menerusi tajuk ‘Model Baharu Ekonomi Malaysia’. FMT
Wan Fayhsal ketagih perhatian – Fahmi
Baca Artikel Menarik:
- Mayat tanpa kepala, kaki, tangan dipotong disahkan milik Cikgu Istiqomah
- Kabinet bakal dirombak
- Pemilik kelab bola sepak dalam pemantauan polis
- ASP Razlan mahu subjek tatarakyat kembali diajar di sekolah
- Pelajar madrasah liwat junior mengaku salah
- Lelaki minum racun rumpai selepas tikam isteri meninggal dunia
- PAS ‘jadi abang besar’, ahli Bersatu sepakat protes
- Chef maut motosikal langgar Triton di lorong kecemasan
- Berita baik untuk penjawat awam Jumaat ini – Shamsul Azri
- Kemalangan Keirin: Jangan ‘serang’ pelumba Jepun
- Duta Palestin puji ucapan Steven Sim, tegur pemimpin MCA
- Syasya bunting pelamin?
- Olimpik 2024 paling jahanam
- ‘Sindrom patah jantung’ pembunuh senyap
- Puad sindir baju ‘kayangan’ Annuar Musa
Layari Laman Facebook MYKMU.NET