Dakwaan anak saya seludup RM2 juta berita palsu – Guan Eng
Dakwaan anak saya seludup RM2 juta berita palsu – Guan Eng
Lim Guan Eng beritahu Mahkamah Tinggi bahawa bekas ketua polis negara menafikan khabar angin mengatakan anak lelakinya ditahan di Singapura, kononnya kerana cuba seludup wang tunai RM2 juta.
Bekas menteri kewangan itu berkata Abdul Hamid Bador mengumumkan bahawa dakwaan mengaitkan Clint dengan jenayah itu adalah berita palsu.
“Sebuah akhbar Cina tempatan melaporkan maklumat ini tetapi tidak menamakan Clint atau saya.
Bagaimanapun mereka kemudian memohon maaf kerana menyiarkan maklumat yang tidak disahkan dan menarik balik laporan itu, kata Guan Eng ketika beri keterangan dalam kes saman terhadap penulis blog, Wan Azri Wan Deris.
Guan Eng dan Clint saman Wan Azri pada 2021 selepas penulis blog itu menyebarkan tuduhan bahawa Clint ditahan ketika cuba menyeludup RM2 juta ke Singapura.
Wan Azri dakwa Guan Eng terbang ke Singapura pada 29 Feb 2020 untuk selamatkan Clint.
Guan Eng dan Clint menuntut ganti rugi daripada Wan Azri.
Guan Eng berkata ini bukan kali pertama Wan Azri membuat kenyataan berunsur fitnah terhadap Clint.
Defendan menuduh anak lelaki saya melakukan gangguan seksual terhadap seorang rakan sekelas, katanya, dan menambah individu yang dikatakan mangsa itu menafikan dakwaan itu, begitu juga sekolah Clint dan Jabatan Pendidikan Pulau Pinang.
Guan Eng juga beritahu mahkamah bahawa mereka mahu Wan Azri bayar ganti rugi RM3 juta, agar dia tidak mengulangi kenyataan berunsur fitnah terhadap mereka.
Katanya, Wan Azri sebelum ini diperintah membayar Perdana Menteri Anwar Ibrahim ganti rugi lebih RM800,000 kerana memfitnah.
Sementara itu, Guan Eng ketika disoal peguam Wan Azri, Logen Eskander Abdullah, berkata beliau tidak ingat sama ada laporan polis dibuat terhadap penulis blog itu.
Anak guam saya dipanggil oleh polis Putrajaya untuk dirakam keterangan kerana satu laporan polis dibuat, kata peguam itu.
Guan Eng juga tidak ingat sama ada aduan dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Ketika diminta mengemukakan pasport bagi membuktikan keberadaan beliau pada 29 Feb 2020, Guan Eng berkata ia disita oleh Mahkamah Sesyen selepas beliau didakwa atas tuduhan rasuah.
Katanya lagi, Langkah Sheraton berlaku pada ketika itu dan beliau berada di Malaysia untuk menangani krisis tersebut.
Clint dijangka memberi keterangan apabila pendengaran di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Eddie Yeo bersambung pada Rabu. FMT
Dakwaan anak saya seludup RM2 juta berita palsu – Guan Eng
Baca Artikel Menarik:
- Mayat tanpa kepala, kaki, tangan dipotong disahkan milik Cikgu Istiqomah
- Kabinet bakal dirombak
- Pemilik kelab bola sepak dalam pemantauan polis
- ASP Razlan mahu subjek tatarakyat kembali diajar di sekolah
- Pelajar madrasah liwat junior mengaku salah
- Lelaki minum racun rumpai selepas tikam isteri meninggal dunia
- PAS ‘jadi abang besar’, ahli Bersatu sepakat protes
- Chef maut motosikal langgar Triton di lorong kecemasan
- Berita baik untuk penjawat awam Jumaat ini – Shamsul Azri
- Kemalangan Keirin: Jangan ‘serang’ pelumba Jepun
- Duta Palestin puji ucapan Steven Sim, tegur pemimpin MCA
- Syasya bunting pelamin?
- Olimpik 2024 paling jahanam
- ‘Sindrom patah jantung’ pembunuh senyap
- Puad sindir baju ‘kayangan’ Annuar Musa
Layari Laman Facebook MYKMU.NET