Makan ubi kayu ganti nasi satu kenyataan angkuh orang politik – Shahir

Makan ubi kayu ganti nasi satu kenyataan angkuh orang politik – Shahir

Kenyataan Tan Sri Johari Abdul agar rakyat menukar sumber karbohidrat dari nasi kepada ubi kayu sehingga isu beras putih tempatan selesai adalah satu komentar angkuh orang politik yang tidak memahami denyut nadi rakyat.

Aktivis Politik, Shahir Adnan berkata, adalah tidak wajar Johari yang merupakan Speaker Dewan Rakyat berkata demikian di kala rakyat terhimpit dengan masalah kekurangan bekalan ruji itu.

“Bayangkan kesengsaraan rakyat untuk menyambut Aidilfitri…nasi impit pun menggunakan beras.

“Takkan rakyat nak beraya dengan juadah ubi kayu seperti waktu darurat 70 hingga 80an dahulu,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Shahir berkata, Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras, Azman Mahmood sendiri enggan mengulas dakwaan pihaknya “takut” untuk mengambil tindakan sehingga menyebabkan berlaku masalah kekurangan beras putih tempatan (BPT) dalam pasaran dengan membiarkan menteri menjawab perkara itu.

“Ini pula satu kenyataan yang hanya melepaskan batuk di tangga. Terlalu ramai ‘pegawai atasan’ termasuk Pengerusi Task Force Pemantauan (Kluster Makanan) Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (Naccol) Syed Abu Hussin Hafiz namun semuanya hanyalah retorik politik dan menjaga periuk nasi masing-masing,” ujarnya.

Dalam pada itu, Shahir berkata, Menteri Pertanian, Datuk Seri Mohamad Sabu masih lagi diam membisu dalam isu berkenaan.

Katanya, sudah lebih sebulan perkara itu berlaku namun ia masih tiada penyelesaian.

“Gunakan kuasa sebagai menteri dan akta yang ada untuk menentang kartel beras dan menyelesaikan isu beras putih tempatan kerana ini adalah isu rakyat,” tambahnya. MG

Makan ubi kayu ganti nasi satu kenyataan angkuh orang politik – Shahir

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Isma Aliff rayu anak-anak pulang beraya

Teruja lihat pemain Everton buka puasa tepi padang

Aliff kantoi kerana GPS, perakam dengar perbualan tak senonoh

Curang tapi tak nak cerai sebab ada ‘game’ – Rita Rudaini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker