[VIDEO] Kilang penapis minyak Indonesia terbakar

Sebuah kilang penapis minyak di wilayah Jawa Barat, Indonesia, dilapor terbakar awal pagi ini.
Media tempatan turut melaporkan saksi terdengar bunyi letupan kuat sebelum premis itu terbakar.
Kilang penapis minyak Balongan, kira-kira 200 km di timur ibu kota Jakarta, itu dikendalikan oleh syarikat Pertamina.
