SPA8i Kini Telah Digantikan SPA9, Ini Cara Untuk Anda Semak & Mohon Kerja Dengan Kerajaan
Bagi sesiapa yang ingin memohon pekerjaan dalam perkhidmatan awam, anda kini boleh membuat pendaftaran atau kemas kini permohonan melalui sistem baru iaitu SPA9
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) kini menggunakan Sistem Pendaftaran Pekerjaan (SPA9) sepenuhnya menggantikan Borang Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) bermula hari ini.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh SPA Malaysia, jika sebelum ini anda sudah membuat pendaftaran permohonan kerja melalui sistem SPA8i, anda tidak perlu lagi untuk membuat sebarang pendaftaran baru untuk sistem baru, SPA9 ini.
Anda boleh menggunakan SPA9 untuk semak status permohonan terkini dan membuat permohonan baru.
Pemohon yang ingin memohon kerja tetapi masih belum membuat pendaftaran di SPA8i, anda perlu membuat pendaftaran baru melalui SPA9
Sebarang hebahan terbaru mengenai status permohonan kerja di SPA9 akan dikemaskini dari masa ke semasa.
Selain itu, segala data anda dari SPA8i masih ada dalam SPA9, jadinya segala peperiksaan permohonan kerja, dan sebagainya dalam SPA8i lepas tidak terganggu.
Berikut adalah cara pendaftaran masuk atau login SPA9:
Langkah 1 : Masuk ke Portal Rasmi SPA9 di https://spa9.spa.gov.my/
Langkah 2 : Klik “Pendaftaran Pengguna”
Langkah 3 : Lengkapkan maklumat seperti yang diminta
Langkah 4 : Tanda pada kotak dan klik setuju
Says
Cara Mohon dan Semak Kelayakan Bantuan Prihatin Nasional 2.0 Untuk Golongan B40, M40
You must be logged in to post a comment.