Hentikan cerita fiksyen, Shabery bidas Mahathir
Macam-macam dakwaan bila kalah, Shabery bidas Mahathir.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek membidas dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa berlaku banyak sogokan wang dalam pilihan raya kecil (PRK) DUN Slim, baru-baru ini.
Bekas menteri UMNO itu berkata, tuduhan itu dibuat apabila calon dokongan Mahathir, Amir Khusyairi kalah di PRK itu.
“Fiksyen politik macam-macam. Dulu ada cerita 40 ribu pengundi Bangladesh dan macam-macam lagi bila kalah,” katanya di Twitter.
Kenyataan tersebut dibuat setelah pengasas Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) itu mendakwa BN memberi sogokan wang dalam PRK itu.
Dr. Mahathir berkata, meskipun Pejuang sudah menjangkakan mereka akan kalah dalam PRK itu namun beliau menegaskan mereka tidak menjangkakan jumlah undi yang diperolehi agak teruk.
Tambah bekas Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu lagi, Pejuang hanya mampu memperoleh lebih 2,000 undi sedangkan berdasarkan jangkaan awal, Pejuang seharusnya mampu memperoleh lebih 4,000 undi.
“Kita punya kira-kira, kita patut dapat 4,000 undi, kita tak dapat angka itu. Setelah kita kaji dan kita dapati bahawa kegunaan wang sogokan amat berleluasa.
“Ramai orang yang kata ada bayaran yang mereka dapat. Ada yang dibawa dengan bas ke tempat pengundian, mereka dibayar duit atas bas, ada yang dibayar duit atas van.
“Kali pertama mungkin mereka dibayar RM100, setelah tunjuk mereka memilih BN, mereka akan dapat lagi baki RM150,” katabekas Perdana Menteri itu di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP), semalam.
Dalam pada itu, Shabery menggesa agar Dr Mahathir membuat rayuan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai dakwaannya itu.
Dengan nada sinis, Shabery berkata, langkah itu akan memmbolehkan calonnya itu diangkat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim.
“Kita tunggulah bantahan dalam tempoh 14 hari ni. Kalau ada bukti, mungkin calon cap pokok masih boleh jadi ADUN,” katanya lagi.
BN berjaya mengekalkan kerusi Dun Slim apabila calonnya, Mohd Zaidi Aziz berjaya memperoleh kemenangan selesa dengan majoriti 10,945 undi.
Ia sekali gus menewaskan dua lagi dua bebas iaitu Amir Khusyairi dan seorang lagi calon bebas, S. Shantarasekaran.
Mohd Zaidi memperoleh undi sebanyak 13,060 undi sementara Amir Khusyairi memperoleh sebanyak 2,115 undi. MalaysiaGazette
You must be logged in to post a comment.