Melaka Perkukuh Kerjasama Global di ITB Berlin 2026 – Abdul Razak

Melaka Perkukuh Kerjasama Global di ITB Berlin 2026 – Abdul Razak

Melaka Perkukuh Kerjasama Global di ITB Berlin 2026 – Abdul Razak

KUALA LUMPUR, 4 Mac – Kerajaan Negeri Melaka terus komited memperkukuh kedudukan negeri itu di persada pelancongan dunia melalui penyertaan dalam International Tourismus-Börse Berlin (ITB) 2026, antara pameran perdagangan pelancongan terbesar dan paling berpengaruh di dunia yang berlangsung di Berlin, Jerman.

Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya Negeri Melaka, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata, penyertaan kali ini memberi peluang besar kepada Melaka untuk memperluas jaringan antarabangsa dan mengetengahkan keunikan produk pelancongan negeri ke pasaran global.

“Alhamdulillah, saya kini berada di Berlin bagi menghadiri ITB 2026. Majlis perasmian Pavilion Malaysia telah disempurnakan oleh Encik Amirul Rizal bin Abdul Rahim, Ketua Pengarah Tourism Malaysia, bersama Tuan Yang Terutama Mohamad Razdan Jamil, Duta Besar Malaysia ke Republik Persekutuan Jerman, serta barisan Exco Pelancongan Negeri dan ketua-ketua delegasi negeri,” katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Menurut beliau, penyertaan Melaka kali ini diketuai oleh Tourism Melaka, dengan kerjasama Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) dan Menara Taming Sari, dalam usaha memperkukuh promosi produk pelancongan utama negeri kepada pasaran antarabangsa.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

MPs express disappointment as PM term limit amendment fails by two votes


Di bawah Pavilion Malaysia, penyertaan keseluruhan merangkumi lapan buah negeri bersama 76 pempamer, terdiri daripada agensi pelancongan, pengusaha hotel, persatuan industri serta pelbagai agensi berkaitan sektor pelancongan negara.

Tambah Abdul Razak, platform berprestij seperti ITB Berlin membuka ruang strategik untuk Melaka mengadakan sesi padanan perniagaan (B2B), pertemuan dua hala dan rundingan komersial yang berpotensi menarik lebih ramai pelancong berkualiti tinggi, khususnya dari pasaran Eropah.

“Insya-Allah, komitmen berterusan ini akan memastikan Melaka terus relevan, kompetitif dan diyakini sebagai destinasi warisan dunia yang dinamik menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026,” ujar beliau. – UMNO Online

Melaka Perkukuh Kerjasama Global di ITB Berlin 2026 – Abdul Razak

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Keadaan Di Timur Tengah Terkawal, Pelan Evakuasi Belum Diperlukan – Mohamad

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker