Malaysia Terus Perkukuh Tekanan Diplomatik Antarabangsa Desak Israel Patuhi Gencatan Senjata

Malaysia Terus Perkukuh Tekanan Diplomatik Antarabangsa Desak Israel Patuhi Gencatan Senjata

Malaysia Terus Perkukuh Tekanan Diplomatik Antarabangsa Desak Israel Patuhi Gencatan Senjata

KUALA LUMPUR, 4 Mac – Malaysia kekal konsisten dan tegas dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin serta mempergiat usaha diplomatik di peringkat antarabangsa bagi menyekat pembunuhan, keganasan dan sekatan berterusan Israel terhadap penduduk Gaza.

Menteri Luar, Mohamad Hasan, berkata Malaysia terus memanfaatkan pelbagai platform antarabangsa untuk mendesak Israel mematuhi gencatan senjata yang dipersetujui pada Oktober tahun lalu serta menghormati undang-undang antarabangsa.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Datuk Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan Othman pada Persidangan Dewan Negara, Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima, Parlimen Kelima Belas hari ini.

“Malaysia kekal konsisten dan tegas dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin serta mengutuk sekeras-kerasnya segala bentuk keganasan, serangan ketenteraan dan sekatan yang dikenakan ke atas penduduk awam di Gaza,” katanya.

Menurut beliau, sejak pengumuman gencatan senjata, Malaysia melaksanakan pendekatan diplomatik secara aktif di pelbagai peringkat antarabangsa bagi memastikan komitmen tersebut dipatuhi sepenuhnya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

MPs express disappointment as PM term limit amendment fails by two votes


“Malaysia secara berterusan memanfaatkan platform pelbagai hala termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) dan Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) untuk menggesa pelaksanaan gencatan senjata yang kekal dan menyeluruh, perlindungan rakyat Palestin serta akses bantuan kemanusiaan tanpa sekatan ke Gaza,” jelasnya.

Tambah Mohamad, Malaysia turut menyokong resolusi dan usaha antarabangsa yang menuntut akauntabiliti terhadap pelanggaran undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Dalam masa yang sama, Kementerian Luar Negeri telah mengeluarkan pelbagai kenyataan rasmi yang mengecam tindakan Israel yang didakwa melanggar gencatan senjata, termasuk sekatan terhadap bantuan kemanusiaan dan tindakan yang memburukkan lagi krisis kemanusiaan di Gaza.

“Kenyataan-kenyataan ini menegaskan pendirian Malaysia bahawa tindakan sedemikian merupakan pelanggaran undang-undang antarabangsa dan mesti dihentikan segera,” tegasnya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sektor Pertanian Pahang Akan Terus Berkembang Sebagai Antara Penyumbang Utama Ekonomi Negeri, Negara


Beliau turut memaklumkan bahawa Malaysia terus bekerjasama rapat dengan negara-negara anggota OIC serta rakan antarabangsa yang sehaluan bagi memperkukuh tekanan diplomatik kolektif terhadap Israel.

“Malaysia menolak sebarang cadangan pemindahan paksa rakyat Palestin dari Gaza dan mempertahankan hak mereka untuk kekal di tanah air sendiri,” katanya lagi.

Menegaskan pendirian Malaysia yang tidak berubah, beliau berkata negara terus menuntut penghentian segala bentuk keganasan terhadap rakyat Palestin, pematuhan penuh terhadap gencatan senjata serta merealisasikan penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat berdasarkan sempadan pra-1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara. – UMNO Online

Malaysia Terus Perkukuh Tekanan Diplomatik Antarabangsa Desak Israel Patuhi Gencatan Senjata

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Keadaan Di Timur Tengah Terkawal, Pelan Evakuasi Belum Diperlukan – Mohamad

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker