Kembara Ramadan Pemuda UMNO Santuni Warga Bandar Tun Razak
Kembara Ramadan Pemuda UMNO Santuni Warga Bandar Tun Razak

KUALA LUMPUR, 4 Mac – Program Kembara Ramadan Pemuda UMNO @ Wilayah Persekutuan memperlihatkan komitmen berterusan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dalam mendekati rakyat apabila mereka telah turun padang untuk menyantuni masyarakat di Parlimen Bandar Tun Razak pada Selasa.
Program berkenaan telah dipimpin oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Akmal Saleh bersama barisan kepimpinan Pemuda UMNO Negeri dan Bahagian, turun bertemu masyarakat setempat dalam suasana penuh ukhuwah serta keprihatinan.
Turut memainkan peranan penting dalam penyelarasan program ialah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bandar Tun Razak, Mohd Zamri Zainal Abidin bersama saf kepimpinan Pemuda Bahagian Bandar Tun Razak yang memastikan setiap pengisian berjalan lancar dan memberi manfaat secara langsung kepada komuniti.
Pengisian dimulakan dengan majlis tahnik anak dan solat Zohor berjemaah di Masjid Al-Najihin yang menghimpunkan penduduk setempat dalam suasana penuh keberkatan.
Program kemudiannya diteruskan dengan kerja-kerja ubah suai rumah dan agihan bakul makanan kepada keluarga yang memerlukan di sekitar Lorong Mewah dan Lorong Jujur sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan rakyat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sesat Di Hujung Jalan, Othman Desa Seru PPBM Balik Ke Pangkal Jalan Demi Kestabilan Politik
- Govt to ensure public financial management objectives result in better fiscal outcomes – MOF
- Penghinaan Al-Quran, Mustapha Nagoor Gesa Tindakan Tegas Tanpa Pilih Kasih
MPs express disappointment as PM term limit amendment fails by two votes

Rombongan turut mengambil kesempatan menyantuni para peniaga dan pengunjung di Bazar Ramadan Jalan Jujur, sebelum menyempurnakan pemberian sumbangan di Madrasah Makarimul Akhlak.
Program berakhir dengan majlis berbuka puasa dan solat Maghrib berjemaah bersama komuniti setempat, sekali gus mengeratkan hubungan antara kepimpinan dan masyarakat di peringkat akar umbi.

Kembara Ramadan ini membuktikan bahawa UMNO melalui sayap Pemuda terus komited untuk memperkasa agenda kebajikan rakyat, selaras dengan semangat perjuangan parti yang meletakkan kepentingan masyarakat sebagai keutamaan, khususnya sepanjang bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini. – UMNO Online
Kembara Ramadan Pemuda UMNO Santuni Warga Bandar Tun Razak
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jelajah Ramadan Di Sembulan Perkukuh Kebersamaan, Jeffery Nor Santuni Rakyat
- Kerajaan MADANI Teliti Pengasingan Kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya – Azalina
- Pemantauan Berterusan Jamin Kelancaran Projek Di Bagan Datuk
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Keadaan Di Timur Tengah Terkawal, Pelan Evakuasi Belum Diperlukan – Mohamad
You must be logged in to post a comment.